28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Berkongsi Kisah Baju Raya Untuk Anak-Anak Gaz4, Gugurkan Air Mata – ‘Allah Beri Peluang Saya & Suami Bantu Mereka’ [VIDEO]

    Shopee Sale



    tokti gaza

    Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitiskan air mata ketika berkongsi tentang sumbanganya kepada rakyat Palestin.

    Air mata TokTi

    tokti gaza

    Menerusi siaran langsung di Instagram (IG) , Siti berkata ketika ini pihaknya sedang menyediakan pakaian hari raya buat anak-anak di Gaza.

    Dalam masa yang sama terdapat juga sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa peperangan di sana.

    Sembang-sembang tentang Gaza & Konsert Epitomi yang lalu. Tiba-tiba teremosi pulak..sebab apa? Sebab semua pembeli tiket yang menyumbang pada Yayasan Nurjiwa. Semoga Allah SWT berkati usaha kita bersama.

    Beli pakaian untuk anak-anak di Rafah beraya nanti dan diberitahu kita dapat bantu beri makanan setiap hari.

    Kita dapat beri makanan lebih 10,000 orang, satu keluarga ada empat ke lima orang. Jadi 2,000 keluarga.

    Pelantun lagu, Aku Bidadari Syurgamu dilihat tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi tentang perkara tersebut.

    Tak boleh la kalau bercakap pasal Gaza ni memang..

    Dalam pada itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin berkata dia akan tetap meneruskan usahanya untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan.

    Sedih sebab saya tak sangka Allah bagi peluang untuk saya dan suami bantu orang-orang Gaza.

    Sebab itu saya dan suami akan cuba sedaya upaya, kalau boleh kumpul dana, kami kumpul dana secukupnya.

    Tidaklah tumpu kepada Gaza, sumbangan Gaza tetap akan berterusan sebab kita tak tahu sampai bila keadaan akan jadi macam itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakannya menyumbangkan sebahagian hasil jualan tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.

    Tahniah TokTi, buatlah kebaikanmu kalau itu caranya untuk membela umat Islam. Alhamdulillah.

    Allahurabbi tak sedar mengalir air mata, murah rezekimu. Allah sentiasa menjaganya.

    Terbaik TokTi. Semoga Allah balas dengan kesihatan yang baik dan terus membantu mereka yang dalam kesusahan.

    Untuk info, konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu adalah anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal yang diasaskan oleh Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

    MENARIK:  Nonny Nadirah Dakwa Gangguan Sihir Punca Tanggal Tudung & Berpakaian Seksi? – ‘Berkaitan Dengan Iman’
    " data-video-id="7349219708551384327" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @kick_kapoor8989

    Tahniah yang hadir Konsert Siti. Duit itu untuk fakir miskin dan Rakyat G4za.. ??.. #fyp #fyp? #masukberanda @Siti Nurhaliza

    ? Salju Kasih Nya – Siti Nurhaliza

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah