28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shuib Hadir Ke Mahkamah, Watie Puasa Sunat – ‘Nak Minta Allah Permudahkan Urusan Suami Saya’

    Shopee Sale



    Pelawak terkenal, Shuib meluahkan rasa syukur kerana isterinya Watie Hanifiah sering menemaninya dalam susah dan senang.

    Ujian kehidupan

    shuib mesin

    Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi foto dirinya bersama Watie dipercayai ketika berada di perkarangan mahkamah.

    Alhamdulillah ada peneman hari ini.

    Semoga Allah permudahkan urusan, tetapi sudah pastinya ia adalah satu pelajaran dan juga satu ujian dalam kehidupan.

    Ditemani Watie

    Dalam masa yang sama, pelawak berusia 40 tahun itu berkata, Watie berpuasa sunat pada hari ini dengan niat agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

    Hari ini mummy (Watie) puasa sunat katanya. Bila ditanya mengapa puasa sunat, diet ke?

    Dia jawab, ‘ taklah, puasa sunat nak minta pada Allah semoga dipermudahkan urusan suami saya hari ini.’

    Amin. Terima kasih selalu ada dengan saya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mendoakan agar segala urusan Shuib berjalan dengan mudah dan lancar.

    MENARIK:  [VIDEO] Alif Teega & Aisyah Hijanah Mendapat Doa Untuk Kebahagiaan Mereka Ketika Bersuap-Suapan & Menghabiskan Masa Di Taman

    Terdahulu, pelakon filem Abang Long Fadil tersebut didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.

    Walau bagaimanapun, Shuib serta pengarah bersama Bubblebee Sdn Bhd, Koh Choon Guan, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan berasingan dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah