25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 11, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Mengungkapkan Bahawa Dia Tidak Dapat Tidur Nyenyak Akibat Serangan ‘Kecemasan’

    Shopee Sale



    Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan dia tidak dapat tidur yang lena selama beberapa hari disebabkan mengalami serangan ‘anxiety’.

    ‘Tidak mahu trauma’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memberitahu bahawa serangan ‘anxiety’ ketika mengandung bukanlah perkara yang main-main.

    Menurut Shila, dia ingin meninggalkan segala toksik dan tidak mahu trauma lama menghantui dirinya lagi.

    Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, dia hanya mahu menjadi seorang ibu dan isteri yang sihat buat keluarganya.

    Kerisauan ketika mengandung bukan satu benda main main . Saya tidak dapat tidur yang lena selama 4 hari .

    Tinggalkan semua toksik di belakang, tidak mahu lagi trauma yang lalu menghantui diri . Saya ingin menjadi ibu dan isteri yang sihat.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Shila sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Shaniena Natasya Mengaku Beli ‘Followers’ – ‘Saya Beli Dengan Harga RM20,000’

    Terdahulu, penyanyi Shila Amzah dan suami Ubai MZ memaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

    Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah