
Pelakon terkenal, Shaheizy Sam, berkongsi tips berjaya menurunkan berat badan dengan hanya mengawal pemakanan tanpa bersenam.
Turun 27 kg

Ketika ditemui , pemilik nama Shaheizy Sam Abdul Samad, 43, berkata, berat badan tertingginya pernah mencecah 94 kilogram, namun kini berjaya mengekalkan berat ideal sekitar 67 kilogram.
Masa untuk turun tu mungkin agak lama bagi saya sebab saya tak bersenam cuma tukar cara pemakanan.
Pergerakan harian saya yang akan membantu membakar lemak, jadi proses tu agak panjang. Lebih kurang tiga bulan, berbanding kalau saya pergi ke gym, bersenam dan sebagainya. Mungkin kalau buat aktiviti itu, lagi cepat turun.
Tambah Sam lagi, dia juga kerap berkongsi tips tentang diet dan penjagaan pemakanan kepada pengikutnya menerusi sesi siaran langsung di TikTok
Saya sebenarnya dah buat diet ni hampir 10 tahun dan saya gunakan cara one meal. day untuk turunkan berat badan. Saya akan makan bila saya betul-betul lapar.
Saya selalu buat live tiktok kongsikan cara saya turunkan berat badan tanpa bersenam. Benda yang ramai orang tak boleh buat, pertama sekali adalah jaga pemakanan. Bagi saya, karbohidrat memang saya kurangkan cuma lebihkan protein dan sayur kerana itu penting.
Sam berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem Felino di Eastin Hotel, baru-baru ini.
Pelakon filem Polis Evo ini juga menjadikan gaya pemakanan Rasulullah SAW sebagai inspirasi dalam menjaga kesihatan.
Saya selalu ambil pendekatan logik, ideal bagi saya adalah kita tidak perlu makan sampai tiga hingga empat kali. Ambil contoh seperti Rasulullah, baginda kadang hanya makan kurma sahaja tapi tetap sihat, menang juga di medan perang.
Jadi, mengapa kita makan sehari sekali pun tidak boleh? Ada juga yang pertikaikan tidak cukup nutrisi, tapi saya tanya semula, berapa kiraan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh saya?
Ada nampak saya sakit ke? Alhamdulillah Allah bagi kesihatan tu. Badan saya dah boleh adaptasi dengan pengambilan makanan sehari sekali.
Menepis tanggapan bahawa diet one meal day tidak mencukupi dari segi nutrisi, dia menjelaskan bahawa tubuhnya sudah terbiasa dengan pola pemakanan ini.





