26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aaron Aziz Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Agensi Umrah RM90,000, Tekanan Darah Tinggi Naik 179

    Shopee Sale



    Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz berdepan kerugian hampir RM90,000 selepas ditipu agensi umrah.

    Kena tipu

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz memuat naik video meluahkan rasa tidak puas hati terhadap agensi umrah tersebut.

    Pelakon asal Singapura itu mendakwa tidak menerima sebarang gaji selepas bekerjasama dengan agensi itu.

    Lebih menyakitkan, kejadian itu terjadi selepas isterinya Diyana Halik berdepan dengan insiden pekerja pecah amanah mencuri wang syarikat.

    Selepas kes isteri, saya pula kena. Gaji tidak dapat, komisen pun tidak dapat. Malah saya bagi pinjaman hampir RM90,000 pun tidak dibayar.

    Perkara itu juga menjejaskan kesihatan pelakon berusia 49 tahun itu di mana bacaan tekanan darahnya meningkat kepada 179.

    Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua, buat baik pun kena berpada-pada. Sampai di hospital, tekanan darah 179.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan kepada Aaron dan mendoakan agar urusan pelakon itu dimudahkan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kepada Syamsul, Papa & Ibu Sayangkan Kamu..Kasih Kami Tak Pernah Berubah’ – Yusof Haslam

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah