
Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi amalan yang dilakukan olehnya setiap kali memanjatkan doa dan meminta sesuatu daripada Allah S.W.T.
Doa dalam sujud

Neelofa, 35, berkata, dia akan dedikasikan satu doa khusus dalam setiap sujud ketika mendirikan solat fardhu dan sunat.
Setiap sujud yang saya buat, saya akan mohon satu doa. Doa yang mudah seperti ‘Ya Allah berikan anak aku selera makan, bagilah dia sihat dengan masakanku’.
Setiap doa itu saya akan ulang dalam setiap sujud, jadi kalau solat empat rakaat, saya akan ulang doa yang sama sebanyak lapan kali. Saya akan dedikasi satu doa dalam setiap solat.
Neelofa berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah saluran podcast yang dikendalikan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar di YouTube.
Tambah isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau PU Riz itu, cara manadah tangan ketika berdoa yang terbaik adalah dengan mencamtumkan garisan pada kedua tapak tangan.
Camtumkan dua garis pada tapak tangan, angkat dan minta pada Allah. Apabila dengan posisi sebegitu, badan kita akan jadi ‘humble’.





