32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sentuhan Mandarin & Rap Moden, Diana Danielle & Francis Roman Tanya ‘Raya Macam Mana?’

    Shopee Sale

    Menjelang kemeriahan Aidilfitri yang kian terasa, industri muzik tanah air kembali diwarnai dengan kehadiran karya segar yang memecah tradisi. 

    Raya Macam Mana?

    Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, tampil membuat kejutan menerusi kolaborasi istimewa bersama rapper yang sedang meningkat naik, Francis Roman menerusi single raya terbaru mereka berjudul ‘Raya Macam Mana?’.

    Berbeza dengan kebanyakan lagu raya yang sering dibuai elemen nostalgia yang sayu, naskhah ini membawa nafas moden dengan rentak yang cukup ceria dan bertenaga.

    Apa yang menarik, lagu ini disusun dalam bentuk dialog muzik yang cukup unik dimana Francis berperanan sebagai individu yang bertanyakan pelbagai persoalan mengenai budaya sambutan hari raya, manakala Diana pula menjawab dengan menyelitkan ilmu tentang tradisi Aidilfitri.

    MENARIK:  [VIDEO] Ubai MZ Kena Saman Parkir, Cadangkan Sebarkan Kesedaran Mengenai Sistem Bayaran Secara Dalam Talian

    Lebih istimewa apabila Diana menyanyikan sebahagian lirik ‘Raya Macam Mana’ dalam bahasa Mandarin, sekali gus melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

    Lagu ini menyampaikan mesej bahawa kemeriahan Aidilfitri boleh diraikan dan difahami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang kaum. 

    Video muzik rasmi ‘Raya Macam Mana?’ membawa penonton menelusuri keriuhan persiapan raya, bermula daripada keterujaan menggayakan baju baru, cabaran menempuh kesesakan trafik untuk pulang ke kampung, sehinggalah ke babak menikmati juadah tradisi seperti rendang, nasi impit, dan Snek Ku. 

    The post Sentuhan Mandarin & Rap Moden, Diana Danielle & Francis Roman Tanya ‘Raya Macam Mana?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah