30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Semua Urusan Faedah PERKESO Kini Online, Ini 4 Pengumuman Penting Menteri KESUMA

    Shopee Sale

    Berita baik buat semua pekerja dan majikan di Malaysia!

    Bermula Januari ini, semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merentasi empat akta utama boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian!

    Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, selepas lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Menara PERKESO.

    Langkah ini dilihat sebagai usaha mempercepatkan urusan kebajikan pekerja tanpa perlu lagi bersesak ke pejabat PERKESO di seluruh negara.

    4 Pengumuman penting berkaitan keselamatan sosial

    Menurut Dato’ Sri Ramanan, terdapat empat perkara utama yang diumumkan melibatkan penambahbaikan sistem keselamatan sosial negara:

    1. Semua permohonan faedah PERKESO secara online

    Semua permohonan faedah di bawah empat akta iaitu:

    • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
    • Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789)
    • Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800)
    • Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838)

    boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal LINDUNG Faedah.

    Antara faedah yang terlibat termasuk:

    • Hilang Upaya Kekal (HUK)
    • Hilang Upaya Sementara (HUS)
    • Pencen Ilat
    • Penyakit Khidmat
    • Faedah Orang Tanggungan (FOT)
    • Pencen Penakat

    Langkah ini dijangka memudahkan lebih 200,000 permohonan setahun selain mengurangkan beban pencarum dan waris.

    2. Skim LINDUNG 24 jam disasar pada tahun 2026

    Kerajaan menyasarkan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) selewat-lewatnya menjelang suku kedua tahun 2026.

    Inisiatif ini akan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pekerja, termasuk di luar waktu dan lokasi kerja.

    MENARIK:  Hattan & Jamal Abdillah Bergabung Jayakan Majlis Makan Malam Amal ‘Night Of Love & Compassion’

    3. Pengurangan 80% Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB)

    Sebagai langkah membantu majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), PERKESO mengumumkan pengurangan FCLB sebanyak 80 peratus.

    Pengurangan ini berkuat kuasa mulai hari ini hingga hujung Februari 2026, bagi meringankan beban kos operasi perniagaan.

    4. Skim Pengembara untuk pekerja rentas sempadan

    Turut diumumkan adalah perancangan Skim Pengembara, yang akan dimulakan melalui kajian kebolehlaksanaan tahun depan.

    Skim ini bertujuan melindungi hampir 400,000 pekerja tempatan yang berulang-alik setiap hari melalui Tambak Johor agar tidak tercicir daripada perlindungan keselamatan sosial.

    Fokus gig dan kecekapan pentadbiran

    Mengulas lanjut, Ramanan menegaskan bahawa PERKESO kini giat memperkukuh infrastruktur dalaman dan kecekapan pentadbiran termasuk persediaan menghadapi pelaksanaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025.

    Menurutnya, semua dasar yang dirangka perlu bukan sahaja cantik di atas kertas, tetapi benar-benar berkesan apabila dilaksanakan di lapangan.

    Keyakinan terhadap kepimpinan baharu

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan baharu Kementerian Sumber Manusia mampu memperkukuh peranan PERKESO sebagai tunjang perlindungan sosial negara.

    Beliau menegaskan PERKESO akan terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam memastikan kesejahteraan sosial rakyat Malaysia terjamin secara inklusif.

    The post Semua Urusan Faedah PERKESO Kini Online, Ini 4 Pengumuman Penting Menteri KESUMA first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah