27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Semak & Bayar Cukai Tanah Dan Petak Dengan Mudah, Guna Portal Awam e-Tanah Selangor Sahaja!

    Shopee Sale



    Pernah terlupa nak bayar cukai tanah atau petak sebab sibuk dengan hal harian? Mungkin nampak macam hal remeh, tapi bayaran ini sebenarnya membantu meningkatkan hasil serta memajukan negeri Selangor dengan infrastruktur yang lebih baik dan kemudahan untuk semua warga awam di Negeri Selangor. 

    Tapi, faham-faham je lah, dengan kehidupan yang sibuk kadang-kadang kita terlupa nak urus hal macam ni. Jangan risau, sebab sekarang semuanya dah jadi lebih mudah dengan Portal Awam e-Tanah Selangor.

    Tak perlu susah-susah pergi pejabat tanah atau risau bil cukai tak sampai ke rumah, semua boleh buat online sahaja!

    Portal Awam e-Tanah Selangor memudahkan segalanya!

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) faham betapa sibuknya kehidupan kita.

    Sebab tu, mereka memperkenalkan Portal Awam e-Tanah Selangor yang memudahkan urusan dan boleh diselesaikan dengan cepat, mudah, dan selamat tanpa perlu beratur panjang!

    Ini cara mudah nak semak dan bayar cukai tanah

    Buat korang yang tak tahu macam mana nak semak dan bayar cukai tanah melalui portal yang disediakan, boleh ikut je langkah dibawah ini:

    1. Layari etanah.selangor.gov.my.
    2. Daftar dengan Portal Awam e-Tanah Selangor dan pilih Urusan Cukai Tanah dan Cukai Petak  Masukkan maklumat untuk semak cukai tanah atau petak korang
    3. Masukkan No Akaun/ID hakmilik atau butiran hakmilik untuk semak cukai tanah atau petak 
    4. Teruskan kepada pembayaran 
    MENARIK:  Ammar Alfian Didakwa Bercinta Selepas Video Mesra Viral

    Tonton video di bawah untuk panduan lengkap.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    Dengan Portal Awam e-Tanah Selangor, semuanya jadi lebih mudah dan pantas. Tak perlu risau lagi tentang bil cukai tanah atau cukai petak  tidak dihantar ke rumah. Semua dihujung jari sahaja

    Tunggu apa lagi? Jom urus cukai tanah dan cukai petak dengan lebih mudah sekarang!

    Langkah mudah ini membantu dalam memastikan urusan cukai korang lancar sambil menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih maju.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah