24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Pemergian Ibu, Dah 11 Tahun Shiqin Kamal Berjubah Hitam Di Pagi Syawal – ‘Sebab Untuk Saya Beraya Pun Tak Ada’

    Shopee Sale



    Pelakon Shiqin Kamal mengakui bahawa sambutan Aidilfitrinya tidak lagi semeriah seperti dahulu sejak pemergian ibu tercinta, Khadijah Bee pada 18 Julai 2014 lalu.

    ‘Setiap tahun saya akan pakai jubah hitam’

    Ketika ditemui , Shiqin atau nama lengkapnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 33, mengakui bahawa dia hanya meraikan Syawal secara sederhanan lebih-lebih lagi selepas pemergian ibu tercinta.

    Raya saya setiap tahun sama sahaja, ibu pun dah tak ada. Ibarat seperti bila ibu dah tak ada, sebab untuk kita beraya pun tak ada.

    Biasanya saya akan beraya separuh hari sahaja untuk Syawal pertama. Selepas solat raya, salam raya dan makan kemudian dah buat aktiviti sendiri.

    Shiqin berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi dan majlis berbuka puasa Star Powerhouse di Hotel St Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Kenapa Ramai Suka Beli Barang & Bayar Guna Cara COD? Bayar Online Lebih Mudah’ – Atikah Suhaimie

    Dalam pada itu, pelakon filem Ada Hantu ini juga mendedahkan bahawa sudah 11 tahun dia hanya memakai jubah hitam setiap kali menyambut Aidilfitri.

    Dari segi pakaian raya, memang setiap tahun saya akan pakai jubah hitam. Dah 11 tahun berjubah hitam.

    Sebab saya pun tak beraya sangat, melainkan memang dah tahu ada rumah terbuka dan sebagainya. baru bersiap pakai baju raya.

    Kalau tidak memang saya hanya berjubah hitam, tak bersolek. Mungkin sebab bila ibu dah tak ada, mood beraya pun tak ada.

    Ujar Shiqin lagi, mungkin hanya selepas mendirikan rumah tangga kelak, barulah dia akan merasakan kembali makna sebenar sambutan Aidilfitri.

    Mungkin kalau dah berkahwin, baru akan ada tujuan beraya tu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah