Pelakon Zamarul Hisham kini lebih berhati-hati dalam menguruskan rutin kerjaya berikutan masalah jantung yang dialami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim & Zamarul Hisham ‘Cover’ Babak Terhantuk, Netizen Puji – ‘Dua-Dua In Character, Nampak Real’
Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham Kini Bergantung Pada Ubat, Perlu Jalani Satu Lagi Prosedur Sten Jantung – ‘Saya Bawa Ubat Kemana-Mana’
Zamarul Hisham hadkan jadual kerja

Ketika ditemui , Zamarul Hisham Mohamed, 55, memaklumkan dia kini mengambil keputusan untuk mengehadkan pembabitan dalam adegan berat dan mengurangkan tempoh waktu bekerja.
Menurut Zamarul, keputusan itu dibuat demi menjaga tahap kesihatannya selepas menjalani prosedur memasukkan tiga sten pada jantung tahun lalu.
Saya tak memilih watak tapi disebabkan faktor kesihatan selepas menjalani prosedur memasukkan sten pada jantung, saya perlu mengehadkannya.
Saya hadkan tempoh penggambaran. Selalunya maksimum sehingga jam 11 malam sahaja sebab kalau lebih, badan sudah tidak sekuat dulu.
Tetapi kalau ikutkan hati, memang saya masih mahu cuba apa sahaja watak yang diberikan. Cuma sekarang semuanya bergantung kepada kemampuan diri.
Zamarul berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan episod akhir drama Bila Cinta Menjadi Dosa di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya, pada Sabtu.
Pilih karya ringan demi kesihatan

Namun begitu, Zamarul mengakui bahawa dia tidak menolak peluang untuk terus berlakon, namun kini lebih selesa dengan naskhah yang ringan dan tidak membebankan.
Sekarang ini saya lebih gemar kepada karya yang ringan seperti komedi santai kerana saya sendiri mahu sedikit perlahan dalam bekerja.
Kadang-kadang kalau ada naskhah berat yang saya tahu mempunyai potensi besar, saya masih akan pertimbangkan dan terima juga.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Zamarul meluahkan rasa syukur apabila keadaannya kini semakin baik namun masih perlu menjaga pemakanan selain mengamalkan gaya hidup sihat.
Cuma dari segi pemakanan memang kena lebih berjaga-jaga, terutama mengurangkan makanan berminyak.
Dulu saya memang tidak pernah bersenam, tetapi sekarang sudah kena biasakan diri, malah boleh kata setiap hari saya akan brisk walk.
Pada Februari tahun lalu, Zamarul dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi akibat sesak nafas ketika sedang menjalani penggambaran.
The post Selepas Jalani Prosedur Jantung, Zamarul Hisham Hadkan Adegan Berat & Tempoh Penggambaran – ‘Badan Tak Sekuat Dulu’ first appeared on OHBULAN!.





