Setelah membintangi beberapa buah drama, personaliti media sosial dan pelakon, Farihin Arnia meluahkan rasa gembira apabila dia berpeluang mengembangkan bakat sebagai penyanyi.
Artikel Berkaitan: Zairi Aziz Gembira Bertemu Nasha Aziz, Kongsi Kakak Banyak Titip Nasihat – ‘Dia Pesan Jangan Terkait Cinta Lokasi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yazmin Aziz Rangkul Tempat Pertama, Bangga Jadi Wakil Malaysia Di Kazakhstan
Bakat berlakon

Ketika ditemui , Farihin, 25, menzahirkan rasa syukur apabila dirinya kini menjadi antara salah seorang pendatang baharu yang mewarnai industri seni.
Menurut Farihin, usahanya menghasilkan kandungan hiburan di media sosial ternyata membuahkan hasil terutama bagi mengukuhkan lagi kariernya.
Saya sangat gembira kerana ini adalah impian saya sebab dari awal saya buat konten pun tujuannya untuk orang lihat bakat saya.
Sangat sukar sebenarnya untuk kembangkan bakat di Sabah sebab itu saya aktif di TikTok dan buat cerita sendiri.
Syukur, dengan bantuan kawan-kawan saya seperti Ryan Bakery dan juga pihak pengurusan, saya dapat peluang di sini.
Farihin berkata demikan pada sidang media drama Kelas Belakang yang berlangsung di TGV, KLCC baru-baru ini.
Cipta lagu
View this post on Instagram
Dalam masa sama, aktor berasal dari Negeri di Bawah Bayu tersebut juga tidak menyangka akan diberikan peluang untuk menghasilkan serta menyanyikan runut bunyi bagi drama terbaharu lakonannya iaitu Kelas Belakang.
Saya tak sangka lagu saya, Jatuh Bangun, dijadikan lagu untuk tunut bunyi drama Kelas Belakang.
Dalam drama ini, ada salah satu episod di mana watak yang saya bawakan itu perlu menghasilkan lagu sendiri.
Saya kena tulis lagu dan lirik sendiri, lalu saya berikan kepada pengarah untuk dengar dan responnya sangat baik. Tidak lama kemudian, pihak penerbitan memberitahu saya untuk menjadikan lagu tersebut sebagai OST.
Mengakui berasa sedikit tertekan dengan percubaan pertamanya, Farihin bagaimanapun tetap optimis untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Saya akui pada awalnya agak tertekan sebab pada asalnya saya adalah seorang content creator tapi ini adalah satu peluang yang besar, jadi tak salah untuk cuba.
Bila orang sudah berikan saya peluang, semestinya saya akan buat sehabis baik dan sekiranya ada peluang lagi untuk buat lagu, saya akan terima.
Dalam perkembangan lain, Farihin membintangi drama Kelas Belakang iaitu sebuah karya yang memaparkan tentang realiti pelajar di kelas paling tercorot, sering dipandang remeh dan dipinggirkan.
Kelas Belakang turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Zairi Aziz, Amylia Aidura, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.
Untuk info, drama yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu) itu telah memulakan tayangannya pada 8 Januari lalu di platform penstriman Viu.
The post Selepas Berlakon, Farihin Arnia Gembira Diberi Kepercayaan Cipta & Nyanyi OST Drama – ‘Ini Satu Peluang Besar’ first appeared on OHBULAN!.





