Telefon pintar hari ini bukan sekadar alat komunikasi, tetapi keperluan harian untuk kerja, hiburan dan gaya hidup digital.
Namun bagi ramai pengguna Malaysia, persoalan yang sering timbul ialah sama ada peranti mid-range mampu menawarkan prestasi tinggi, ketahanan kukuh dan nilai yang berbaloi tanpa harga melampau.
Terbaharu, Xiaomi memperkenalkan REDMI Note 15 Series sebagai peranti yang menggabungkan ketahanan, prestasi dan nilai dalam satu pakej, tanpa memaksa pengguna membayar harga setaraf telefon flagship.
Ia direka untuk kegunaan dunia sebenar, siri ini menyasarkan pengguna yang mahukan telefon pintar boleh diharap untuk jangka panjang, sama ada untuk kerja, hiburan mahupun penggunaan harian yang aktif.
Ketahanan & prestasi jadi keutamaan
REDMI Note 15 Series dibangunkan dengan pendekatan Titan Durability, menjadikannya antara peranti mid-range yang paling tahan lasak dalam kelasnya.
Ia direka untuk menghadapi realiti penggunaan harian daripada risiko terjatuh, hentakan kecil, hinggalah pendedahan kepada habuk dan air.
Bagi varian REDMI Note 15 Pro+ 5G dan REDMI Note 15 Pro 5G, peranti ini dilengkapi Corning Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan, yang mampu menahan ujian jatuhan sehingga 2.5 meter.
Bahagian belakang pula menggunakan panel gentian kaca berketahanan tinggi dengan rintangan hentakan sehingga 10 kali ganda, disokong oleh struktur dalaman REDMI Titan Structure yang merangkumi rangka tengah dan papan induk yang diperkukuh untuk ketahanan jangka panjang.

Dari segi perlindungan, siri ini hadir dengan pensijilan IP66, IP68, IP69 dan IP69K, membolehkan peranti bertahan dalam persekitaran berhabuk serta rendaman air sehingga dua meter.
Ia turut menerima pensijilan TÜV Smartphone Water-Resistant Endurance serta SGS Premium Performance 5-Star Certification bagi ketahanan jatuh, tekanan dan lenturan.
Pendekatan ini memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan telefon dengan lebih bebas tanpa terlalu risau tentang kerosakan kecil akibat insiden harian.
Prestasi stabil & jaminan jangka panjang untuk ketenangan minda
Xiaomi turut memposisikan REDMI Note 15 Series sebagai peranti jangka panjang melalui sokongan perisian sehingga empat tahun kemas kini sistem operasi dan enam tahun kemas kini keselamatan, sesuatu yang jarang ditawarkan dalam segmen mid-range.
Siri ini hadir dengan jaminan standard 1+1 tahun, selain perlindungan kemalangan selama dua tahun yang meliputi pembaikan skrin, kerosakan akibat cecair atau penutup belakang untuk satu tuntutan, memberikan ketenangan minda kepada pengguna.
Bateri tahan lama & kamera praktikal untuk kegunaan seharian
REDMI Note 15 Series dilengkapi bateri berkapasiti besar sehingga 6,500mAh, direka untuk menyokong penggunaan intensif sepanjang hari sambil mengekalkan kesihatan bateri dalam jangka panjang.
Menariknya, Xiaomi turut menawarkan jaminan bateri selama empat tahun, di mana bateri akan diganti secara percuma sekiranya tahap kesihatan bateri menurun di bawah 80 peratus dalam tempoh jaminan tersebut.
Dari segi pengecasan, siri ini menyokong pengecasan pantas sehingga 100W bagi varian tertentu seperti REDMI Note 15 Pro+ 5G, membolehkan peranti dicas dalam masa singkat, sesuai dengan rutin harian yang sibuk.
Sokongan pengecasan songsang turut disertakan, menambah kemudahan apabila perlu mengecas peranti lain ketika dalam perjalanan.
Dari segi fotografi pula, REDMI Note 15 Pro series tampil dengan kamera utama beresolusi 200MP, membolehkan rakaman imej yang lebih terperinci dan tajam, sama ada untuk fotografi harian atau penciptaan kandungan media sosial
Ia sesuai untuk kegunaan kasual dan harian, dengan hasil yang konsisten dan praktikal.

Pilihan lebih bijak untuk pengguna moden
Di Malaysia, REDMI Note 15 Series ditawarkan dalam beberapa pilihan model dan harga. REDMI Note 15 Pro+ 5G bermula dari RM1,699, manakala REDMI Note 15 Pro 5G bermula dari RM1,399.
Untuk pilihan lebih mampu milik, REDMI Note 15 5G bermula dari RM849 dan versi standard REDMI Note 15 pula ditawarkan pada harga RM799.
REDMI Note 15 Series dilancarkan secara rasmi pada 15 Januari 2026 dan boleh didapati di Xiaomi Store, mi.com serta platform e-dagang rasmi.
Pengguna juga boleh melihat dan mencuba sendiri peranti ini di REDMI Note 15 Series Roadshow di Sunway Pyramid pada penghujung Januari.
The post Nak Telefon Tahan Lasak Tanpa Harga Flagship? Ini Yang Ditawarkan REDMI Note 15 Series first appeared on OHBULAN!.





