Selepas beberapa hari mendiamkan diri, pempengaruh media sosial iaitu Haqiem Stopa akhirnya bersuara mengenai kontroversi melibatkan perniagaannya.
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Didakwa Ciplak Resepi Orang, Isteri Terkilan Anak Kena Tempias – ‘Dunia Terlalu Kejam Buat Adik’
Haqiem tengah kumpul bukti
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di TikTok Story, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar mendakwa dirinya sedang mengumpulkan bukti mengenai pihak yang cuba menjatuh serta mensabotaj perniagaan baharu yang diusahakannya.
Bukan itu sahaja, Haqiem turut mendakwa insiden tersebut telah membuatkan keluarganya turut terkena tempias kata negatif daripada orang ramai.
Sorry korang, saya sibuk dengan hal-hal lain.
Saya kena tunjuk bukti dulu orang yang hina keluarga saya, orang yang biadab dengan mak saya dan tak hormat saya.
Ada juga orang yang sabotaj bisnes saya dan cakap saya jadi ‘pusher’.
Benda dah lama tapi waktu sekarang baru keluar media sebab tak boleh jatuhkan cara lain, cara itu sahaja yang mereka boleh buat.
Hidup dalam hubungan toksik?

Lebih mengejutkan, pempengaruh berusia 25 tahun turut memberi bayangan seolah-olah perkahwinannya dengan isteri, Aireena Sofea tidak seindah seperti apa yang ditunjukkan di media sosial.
Saya duduk dalam hubungan yang toksik selama ini.
Yang baik hanya dalam kamera tambahan pula saya dari dulu memang netizen tak suka.
Terdahulu, isteri kepada Haqiem iaitu Aireena meluahkan rasa terkilan selepas anak mereka yang diberi nama Hud terkena tempias kecaman netizen.
Kecaman itu dipercayai susulan kontroversi melibatkan perniagaan kedai manisan yang diusahakan Haqiem, baru-baru ini.
Perniagaan kedai manisan yang diberi nama ‘Hud Dessert And Cofee’ menyorot perhatian apabila Haqiem didakwa telah ‘membeli’ pekerja kepada pempengaruh dan usahawan terkenal Auntie Ja.
Lebih parah, pekerja tersebut juga didakwa telah mengkhianati Auntie Ja dengan menjual resepi manisan yang dijual kedai Suka Dessert kepada kafe milik Haqiem.
Sumber: TikTok Story Haqiem Stopa
The post ‘Selama Ini Saya Hidup Dalam Hubungan Toksik, Yang Baik Hanya Dalam Kamera’ – Haqiem Stopa first appeared on OHBULAN!.





