Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri menyifatkan pelancaran lagu raya menjelang Syawal sebagai sesuatu yang normal dalam industri muzik namun wajar dilakukan dengan penuh hormat terhadap bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Luah Rasa Kecewa, Perkongsian Sahur ‘Simple’ Dipertikai – ‘Persoal Kebersihan Telekung’
Artikel Berkaitan: ABPBH37: ‘Saya Dah Balik Hotel Tukar Baju, Suami & Anak Tunggu Di Kedai Makan’ – Ernie Zakri Perjelas Sebab Pakai Blouse & Bertudung Sarung
Lagu raya awal

Ketika ditemui , pemilik nama Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, berkata setiap orang berhak untuk berkarya tanpa batasan asalkan tidak melampaui batas pada bulan suci ini.
Memang tahun ini ramai yang keluarkan lagu raya dan ada juga berpendapat kurang sensitif kerana masih awal Ramadan.
Bagi saya, semua orang bebas berkarya asalkan masih menghormati bulan ini. Kalau semua tunggu hujung Ramadan, nanti sukar pula untuk pendengar menilai dan memilih lagu.
Kalau kami keluarkan lagu pun sudah tentu mahu mempromosikannya. Selagi cara promosi masih menghormati Ramadan, bagi saya tiada masalah.
Syamel berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya bersama Ernie berjudul Suasana Raya, baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai lambakan pempengaruh yang mengambil peluang untuk melancarkan lagu, Syamel menganggap ia sebagai bukti industri muzik kini lebih terbuka.
Kalau influencer mahu keluarkan lagu, raikan sahaja. Tiada syarat khusus untuk berkarya. Cuma bila terlalu banyak lagu, pendengar mungkin pening hendak memilih.
Tetapi bagi kami, selagi karya itu bagus, teruskan. Kalau tidak sesuai atau melanggar batas, kemukakan aduan melalui saluran betul. Kita negara bebas bersuara.
Semakin banyak lagu, semakin banyak pilihan. Pendengar perlu tentukan sendiri lagu mana mahu digunakan atau diminati.
Citarasa masing-masing

Sementara itu, Ernie berkata dia tidak risau tentang sambutan peminat terhadap lagu raya terbaru mereka kerana setiap orang mempunyai cita rasa muzik tersendiri.
Setakat ini kami tidak terlalu risau. Lagu raya memang ada ‘acuan’ tertentu supaya orang terus rasa suasana Aidilfitri.
Tapi nak tentukan sama ada lagu itu malar segar atau tidak, sebenarnya bergantung pada generasi. Lagu raya zaman ibu bapa kita berbeza dengan lagu raya zaman sekarang.
Selagi cerita raya itu sampai dan orang boleh rasa kemeriahan selepas sebulan berpuasa, itu sudah memadai. Lagu raya ini sebenarnya tentang meraikan kemenangan.
Pada tahun ini, Syamel dan Ernie kembali bersatu melancarkan lagu raya bersama dengan kolaborasi istimewa bersama Hong Kong Tourism Board berjudul ‘Suasana Raya’.
Difahamkan, mereka turut melakukan penggamaran muzik video itu di beberapa lokasi di Hong Kong.
The post ‘Selagi Cara Promosi Lagu Raya Masih Menghormati Ramadan, Rasanya Tiada Masalah’ first appeared on OHBULAN!.





