25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sekali Lagi Lakar Sejarah! Lady Gaga Sarung Busana Rekaan Rizman Ruzaini Di Las Vegas

    Shopee Sale



    Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini (RR) sekali lagi mencuri perhatian dan melakar sejarah baharu apabila busana rekaannya disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan di sebuah residensi di Las Vegas, baru-baru ini.

    Americano

    Menerusi beberapa posting yang dikongsikan, Lady Gaga dilihat mengenakan busana gaun labuh berwarna merah hati sambil menyanyikan lagu popularnya, Americano. Lebih menarik, rekaan RR itu dihiasi ribuan batu Swarovski. Lady Gaga turut bermain piano pada masa tersebut untuk memukau penonton yang hadir.

    Difahamkan persembahan tersebut berlangsung di Park MGM Las Vegas sejak 19 Jun hingga 6 Julai 2024.

    Terdahulu, model antarabangsa Naomi Campbell pernah memperaga busana rekaan Rizman Ruzaini di Minggu Fesyen Dubai pada Oktober tahun lalu.

    Rizman Ruzaini mendedahkan telah membayar RM3 juta kepada model terkenal antarabangsa, Naomi Campbell bagi memperagakan busana rekaan mereka di Fashion Week, Dubai pada Oktober tahun lalu.

    MENARIK:  Kilafairy Gembira Hidup Solo, Proses Berduka Pemergian Ibu Masih ‘On Off’ – ‘Ada Hari Nangis Sampai Terduduk’

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti meluahkan rasa bangga melihat setiap kejayaan yang dicapai oleh pereka fesyen tempatan itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah