25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Scha Ellinea Nafi ‘Dibela’ Sugar Daddy – ‘Takkan Lah Saya Nak Bagi Wang Dari Sumber Haram Dekat Keluarga’

    Shopee Sale



    Pelakon Scha Ellinea tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh kononnya dia ‘dibela’ oleh seseorang yang berstatus VIP.

    ‘Saya sibuk dengan kerjaya saya’

    Ketika ditemui , Scha atau nama lengkapnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, memberitahu bahawa apa yang dimiliki dalam kehidupannya sekarang adalah hasil titik peluhnya sendiri sebagai anak seni dan bukan ditanggung oleh sesiapa.

    Saya tak nak cakap sangat hal tu sebab benda tu (sugar daddy) tak betul. Siapa yang kenal saya tahu saya macam mana. Saya sibuk dengan kerjaya saya.

    Tambah Scha lagi, dia juga menegaskan bahawa dia sama sekali tidak ‘dibela’ oleh mana-mana individu malah tidak pernah terlintas sedikit pun mahu terjebak dalam perhubungan demikian.

    Alhamdulillah sebab saya tak pernah terlibat dengan perkara macam tu dan tak teringin pun nak cuba. Apa yang saya ada sekarang berkat kerja keras dan sokongan daripada keluarga.

    Scha berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  HPV Boleh Serang Tanpa Tanda! Virus Yang Dipandang Remeh Tapi Bahayanya Boleh Bawa Maut!

    Menurut pelakon drama Nuh & Nayla itu lagi, dia tidak tergamak mahu memberikan wang daripada sumber yang haram kepada keluarganya.

    Keluarga saya percayakan saya 100 peratus dan mereka percaya saya tak buat perkara macam tu.

    Saya juga sebagai anak tak akan lah nak beri wang sumber haram kepada mereka.

    Ujar Scha, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang menaburkan fitnah atau mencalarkan nama baiknya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah