Pelakon, Fattah Amin menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia dan penyanyi, Amira Othman merancang untuk mengenakan busana dengan tona warna yang sama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baju Saya & Fattah Sedondon Tu Kebetulan, Saya Tak Tipu’
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
Fattah tak tahu

Ketika ditemui , Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut malah pakaiannya pada hari itu disediakan oleh penata gaya.
Saya pun tak tahu (baju sama warna), ini pun stylist saya yang pilihkan baju ini dan saya memang tak tahu baju warna apa yang saya akan pakai hari ini.
Saya tak tahu pun dia akan pakai baju warna apa, saya tak tipu.
Tak merancang
View this post on Instagram
Menurut pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tersebut, dia menyifatkan penampilannya itu adalah satu kebetulan yang tidak pernah dirancang.
Betul ke sama? Tak pun (merancang).
Macam yang kami pernah katakan sebelum ini, kalau sama itu adalah kebetulan sebenarnya.
Terdahulu, ramai yang mendakwa mereka berpakaian sedondon selepas dilihat mengenakan pakaian berona putih ketika menghadiri ke dua majlis berbeza pada hari yang sama.
Untuk info, Amira hadir ke satu majlis sidang media bagi pelancaran single terbaharunya berjudul Dalam Sujudku.
Fattah Amin pula menghadiri majlis pelantikannya sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung (OK) dan kedua-dua majlis tersebut berlangsung pada petang Selasa.
The post ‘Saya Tak Tahu Amira Akan Pakai Warna Apa’ – Fattah first appeared on OHBULAN!.





