26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bagaimana Atlet No.1 Dunia Panjat 106 Tingkat TRX Sambil ‘Selamatkan’ Pelumba Superbike

    Shopee Sale

    Pada 14 Januari lalu, atlet towerrunning No.1 dunia, Soh Wai Ching, sekali lagi membuktikan namanya berada di puncak apabila berjaya memecahkan rekod mendaki 106 tingkat The Exchange 106 @ TRX dalam tempoh sepantas 13 minit 7 saat.

    Namun, ramai tak tahu, pada waktu yang sama, sebuah lagi cabaran ‘blockbuster’ sedang berlangsung secara serentak.

    Bukan sekadar rekod, tapi aksi yang luar biasa!

    Dalam misi khas yang dirahsiakan, Soh bukan sekadar berlumba dengan masa untuk Malaysian Book of Records, tetapi turut terlibat dalam satu aksi luar biasa bersama Qabil Irfan, prodigi superbike Malaysia berusia 14 tahun.

    Untuk pengetahuan korang, Qabil sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran.

    Pada usia 12 tahun, Qabil sudah berjaya menjuarai FIM MiniGP Malaysia sekaligus mencipta pelbagai pencapaian kelajuan di peringkat muda.

    Menariknya, kedua-dua atlet ini berada di lokasi berbeza!

    Soh berlari menawan bangunan Exchange 106 manakala Qabil pula memecut di litar perlumbaan. Tapi ada twist…

    Laluan Qabil Semakin Ditutup

    Ketika Qabil melengkapkan pusingan laju di trek, sebuah penghadang fizikal hampir menutupi menutup laluannya.

    Jika Soh gagal sampai ke puncak tepat pada masanya, Qabil berisiko merempuh halangan tersebut.

    Satu-satunya cara untuk menghentikan halangan itu ialah… Soh perlu tekan butang khas di tingkat paling atas The Exchange 106, TRX.

    Ini bermakna, kelajuan Soh menentukan keselamatan Qabil.

    Kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. Fuh, serius mencabar!

    Sampai Dengan Milisaat Terakhir

    Selepas pecutan yang cukup menyeksakan, Soh akhirnya tiba di puncak dengan hanya beberapa milisaat berbaki sebelum laluan Qabil tertutup sepenuhnya.

    Sebaik butang ditekan, sistem terus bertindak dan di sinilah teknologi memainkan peranan penting.

    MENARIK:  Mia Sara Kagum Dengan Bakat Puteri Balqis, Niat Baik Disalah Tafsir Netizen – ‘Tak Pernah Cakap Buruk’

    Kuasa 5G Jadi Penyelamat

    Isyarat daripada butang yang ditekan oleh Soh dihantar secara real-time menggunakan connectivity 5G CelcomDigi menghubungkan puncak The Exchange 106 terus ke trek perlumbaan Qabil tanpa sebarang lengah.

    Tiada ruang untuk ralat dan tiada masa untuk ‘loading’.

    Segalanya perlu berlaku serta-merta.

    Aksi luar biasa ini bukan sahaja menguji ketahanan atlet tetapi turut membuktikan kemampuan rangkaian CelcomDigi dalam situasi sebenar bertekanan tinggi.

    Bukti Rangkaian CelcomDigi Di Malaysia

    Buat masa ini, connectivity 5G CelcomDigi menyokong liputan luas di seluruh Malaysia dan memberi perkhidmatan kepada lebih 20.5 juta pengguna, menawarkan sambungan yang stabil, pantas dan responsif.

    Menurut Chan May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi:

    “5G membuka kemungkinan baharu tentang bagaimana orang hidup, bekerja dan menikmati kandungan digital. Paparan ini adalah cara mudah tetapi berkuasa untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana respons pantas berfungsi dalam dunia sebenar.”

    Beliau turut menambah:

    “Fokus kami adalah untuk memberikan pengalaman 5G terbaik melalui pelan bernilai, pilihan peranti luas dan sambungan internet yang lancar di dalam dan luar negara bersama rakan perayauan global terhebat.”

    Bila Kelajuan Jadi Pilihan Ramai

    Gabungan kelajuan Soh, kepakaran Qabil dan connectivity 5G CelcomDigi menjadikan aksi ini satu demonstrasi sebenar bagaimana rangkaian pantas mampu menentukan kejayaan dan juga keselamatan.

    Kalau korang nak rasai sendiri pengalaman internet pantas dan stabil di mana saja di Malaysia, CelcomDigi pastinya jenama yang wajar jadi pilihan.

    The post Bagaimana Atlet No.1 Dunia Panjat 106 Tingkat TRX Sambil ‘Selamatkan’ Pelumba Superbike first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah