30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Pernah Berhenti Berlakon, Cuma Belum Ada Tawaran’ – Fatiya Latiff

    Shopee Sale



    Pelakon Fatiya Latiff meluahkan rasa terkilan apabila tidak menerima sebarang tawaran lakonan daripada mana-mana syarikat produksi sejak kebelakangan ini.

    ‘Saya agak terkilan tapi..’

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata buat masa ini dia hanya berlakon di bawah arahan pengarah terkenal, Erma Fatima memandangkan tidak mendapat peluang daripada produksi lain.

    Saya memang berlakon dengan Kak Erma sahaja sebab buat masa ini tak ada tawaran daripada mana-mana untuk drama lain.

    Saya agak terkilan sebab tak ada tawaran daripada mana-mana produksi tapi kak Erma bagi peluang dekat saya untuk kembali dalam industri ini. Tapi saya percaya rezeki itu Allah yang tentukan.

    Fatiya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Bidaah yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Pelakon drama Ariana Rose ini menegaskan bahawa tidak pernah meninggalkan dunia lakonan, namun menyedari mungkin ada pihak yang menyangka dia sudah tidak aktif dalam industri.

    Saya tak pernah berhenti berlakon pun tapi setakat ini hanya Erma Fatima yang tawarkan saya berlakon.

    Macam saya pun sekarang masih menanti tawaran. Saya rasa mungkin orang ingat saya dah tak ada dalam industri lakonan ni tapi sebenarnya saya ada lagi.

    Saya harapkan mana-mana produksi yang nak saya berlakon boleh lah hubungi saya.

    Selain berlakon, Fatiya kini sibuk menguruskan perniagaannya sendiri yang termasuk produk minyak wangi dan pakaian raya.

    MENARIK:  Dakwaan Wanita Rohingya Cuba Tukar Bayi, KKM Nasihat Jangan Kongsi Berita Belum Sahih

    Dalam perkembangan lain, Fatiya tampil dalam drama bersiri idea asal oleh Erma iaitu Bidaah.

    Selain Fatiya, pelakon lain yang membintangi naskhah tersebut ialah Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fazlina Ahmad Daud, Hasnol Rahmat dan Malia Baby.

    Drama sebanyak 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac depan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah