25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Pernah Beraya Dengan Ayah Sepanjang Hidup’ – Adira Suhaimi

    Shopee Sale



    Penyanyi, Adira Suhaimi, mendedahkan bahawa dia tidak pernah menyambut Aidilfitri bersama bapa kandungnya sejak kecil lagi.

    ‘Tidak pernah beraya dengan ayah’

    Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi bagaimanapun sudah terbiasa dan tetap bersyukur dengan kehidupan yang telah diaturkan Allah SWT.

    Terus terang saya katakan, saya tidak pernah beraya dengan ayah. Tidak pernah sepanjang hidup, walaupun sekali. Saya sudah terbiasa dengan keadaan itu, malah ibu ajar anak-anak untuk hormat ayah dan biar apa pun, dia masih ayah kami. Yang baik-baik sahaja keluar dari mulut ibu tentang ayah.

    Mungkin apa yang saya lalui mungkin berbeza dengan orang lain hadapi. Macam saya lahir je memang ayah sudah tidak lagi tinggal bersama ibu.

    Buka mata, memang ada mak sahaja. Alhamdulillah, saya okay sahaja. Ibu dan ayah bukan bercerai mati, tapi bercerai hidup. Bagi saya, anak-anak boleh cari je ayah bila-bila.

    Pelantun lagu Ilusi ini juga mengakui anak-anaknya kini melalui pengalaman yang hampir sama dengan dirinya ketika kecil selepas perceraiannya dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 43, pada April tahun lalu.

    Mereka (anak-anak) bukan faham sangat pun. Apa yang mereka tahu adalah mahu beraya, berseronok, ada baju raya dapat duit raya serta balik kampung.

    Jadi, kita ikutkan sahaja. Apatah lagi, saya tinggal bersama keluarga. Saya ambil pendekatan untuk sibukkan diri dengan rutin harian. Tidak sempat hendak rasa sedih atau teringat-ingat.

    Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin pada 3 Disember 2015. Namun, ikatan perkahwinan selama sembilan tahun berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu.

    MENARIK:  Ibu Bapa Saya Mempilih untuk Kebahagiaan Saya - Mia Sara Shauki

    Adira dan Datuk Red dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah