Pelakon jelita Anzalna Nasir menzahirkan rasa syukur dan kebahagiaan dalam menggalas peranan sebagai seorang ibu.
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Wanita Berubah Selepas Berkahwin’ – Anzalna Nasir
Artikel Berkaitan: ‘Tak Tahu Berapa Lama Allah Pinjamkan Usia & Orang Yang Kita Sayang’ – Anzalna Nasir
Suka jadi ibu

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38, berkongsi bahawa rutin hariannya yang bermula seawal pagi untuk menyiapkan anak ke sekolah serta menyediakan hidangan menjadi momen yang cukup bermakna.
Tambahnya lagi, dia sentiasa ingin berada di sisi anak-anaknya serta memberikan perhatian sepenuhnya.
Saya suka menjadi seorang ibu.
Saya bangun awal setiap pagi untuk menyiapkan anak saya ke sekolah dan memasak makanan untuk mereka, kerana mereka lebih gemar masakan saya.
Saya juga akan ambil mereka pulang dari sekolah, walaupun boleh sahaja meminta driver yang ambilkan.
Tiada apa yang dapat menandingi melihat wajah anak-anak yang ceria setiap kali berjumpa saya.
Saya sentiasa ada untuk mereka, tanpa sebarang alasan.
Saya akan terus memanjakan anak-anak saya selagi saya mampu.
Jadi ibu, kebahagiaan terbesar

Dalam pada itu, Anzalna menyifatkan bahawa menjadi seorang ibu merupakan kebahagiaan terbesar dalam hidupnya.
Menjadi seorang ibu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup saya.
Melihat anak-anak saya menghargai perkara-perkara kecil yang saya lakukan adalah perasaan yang paling bermakna.
Sekadar info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Suka Jadi Ibu & Akan Terus Manjakan Anak-Anak Selagi Mampu’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.





