30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Rasa Seronok Bila Baca Komen Baik-Baik Termasuk Komen TokTi..’ – Fattah Amin

    Shopee Sale



    Pelakon popular, Fattah Amin tampil memberi respons terhadap komen yang ditinggalkan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ketika sesi siaran langsung penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.

    ‘Doa yang baik-baik’

    Ketika ditemui Fattah mengakui pada mulanya tidak menyedari kewujudan komen tersebut sehinggalah pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu memberitahunya.

    Saya sebenarnya tak boleh baca komen tu, Amira beritahu komen Tokti (panggilan mesra Siti Nurhaliza) baru saya tahu.

    Sebab tu saya nampak macam blur. Jadi, saya hanya beri reaksi berdasarkan apa yang Amira beritahu.

    Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama pelakon drama Keluarga Itu di Shah Alam, semalam.

    Dalam pada itu, Fattah akui seronok membaca komen-komen positif daripada peminat dan rakan artis selain berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

    Bulan Ramadan ni kita kena cakap dan doa yang baik-baik.

    Bila kita tengok komen yang baik-baik dekat live tu termasuk komen Tokti dan bila kita dapat happykan orang lain, saya rasa seronok lah.

    Bagus bila rakan-rakan artis mendoakan yang baik tapi saya pun tak berani nak komen lebih-lebih.

    Mengulas mengenai dakwaan dia dan Amira bakal berkahwin pada Aidilfitri ini, Fattah memberitahu bahawa dia tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut.

    Saya pun tak tahu mana datang berita mengenai majlis selepas Aidilfitri itu. Doakan yang terbaik.

    Macam saya dengan Amira, kita rakan kerja.

    MENARIK:  [VIDEO] Potong Rambut Pendek, Aeril Zafrel Buat Peminat ‘Cair’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah