30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Pernah Minta Nafkah Waktu Anak-Anak Masih Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu’ – Abby Abadi

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendakwa dia tidak pernah menuntut nafkah ketika anak-anaknya masih kecil kerana memahami keadaan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ketika itu tidak berkemampuan.

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Dengki Dengan Anak Sendiri – ‘Selama Aku Hidup Tak Pernah Minta Duit Orang’

    Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Minta Cerai Kalau Dah Tak Serasi’ – Abby Abadi

    Tuntut hak asal

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berpandangan bahawa jika aktres berkenaan menuntut nafkah ketika bekas pasangannya masih tidak berkemampuan, jumlah yang diperoleh kemungkinan besar adalah sangat kecil walaupun selepas melalui proses mahkamah.

    Kalau tuntut nafkah dengan bekas suami masa dia tak mampu, memang tak ada lah dapat nafkahnya.

    Walaupun menang kes, paling-paling pun RM100 sebulan.

    Elok la apa yang Abby buat.

    Bila dah mampu dia tuntut, dapat juga walaupun belum habis nafkahnya.

    Ciapan tersebut meraih perhatian Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, yang menjelaskan bahawa situasi kini berbeza apabila bekas suaminya didakwa sudah berjaya dan bergelar jutawan.

    MENARIK:  Lelaki Mengaku Makan Daging Kawan Baik Selama 2 Hari, Kantoi Lepas Buang Mayat Di Taman – ’32 Tahun Tunggu, Itu Adalah Momen Bersejarah Aku’

    Justeru, Abby berpendapat tidak salah untuk menuntut semula hak yang sepatutnya.

    Bagi kes saya, memang tak pernah nak minta langsung nafkah sewaktu anak-anak saya masih kecil.

    Sebab saya tahu, bekas suami saya tak mampu.

    Dulu memang dia tak berapa ada pun, tapi sekarang dah ada dan dah jadi jutawan.

    Apa salahnya bagi semula hak saya.

    Dalam pada itu, Abby turut meluahkan rasa hairan terhadap segelintir pihak yang mengkritik tindakannya tersebut.

    Yang lain tak ada kena mengena, nak merentan dan marah-marah saya dah kenapa?

    Pelik-pelik saja perempuan zaman sekarang.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Tak Pernah Minta Nafkah Waktu Anak-Anak Masih Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah