Pelakon Aprena Manrose kekal terbuka untuk membina rumah tangga semula, walaupun sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak Jun tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Biar Bising Di Luar Sana, Tenang Tetap Menjadi Bahasa Jiwa Kita’ – Aprena Manrose ‘Protect’ Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: Netizen Persoal Aprena Menrose Buka Tudung, Nazim Othman Mohon Doakan Yang Terbaik – ‘Dia Di Fasa Rapuh’
Ingin solo seketika

Ketika ditemui , pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, memilih untuk tidak tergesa-gesa mencari pasangan baru.
Katanya, dia ingin menikmati fasa hidup sebagai solo seketika, selepas melalui pelbagai pengalaman pasang surut sepanjang sembilan tahun perkahwinan.
Saya dah bercinta dari usia 18 tahun kemudian berkahwin pada usia muda iaitu ketika saya berusia 23 tahun.
Jadi, ini sekarang adalah masa untuk saya berehat dan sayangi diri sendiri dahulu serta lebih fokus pada diri.
Sebenarnya penat, kalau boleh saya ingin rawat luka dahulu.
Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur.
Ada lelaki yang dekati

Berkongsi lebih lanjut, anak kepada penyanyi dangdut Iwan Syahman itu mengakui kini memiliki beberapa kenalan lelaki, malah ada antara mereka yang pernah mengajak untuk berkahwin.
Ada lelaki yang mahu berkawan dan ingin terus ke peringkat serius.
Mereka ajak saya berkahwin sebab umur saya bukan muda lagi.
Tetapi, seperti yang saya katakan, beri saya masa antara dua hingga tiga tahun.
Saya hendak ‘single’ dahulu sebab sebelum ini, fikir pasal pasangan pun tak habis lagi.
Jadi, saya mahu utamakan perasaan sendiri terlebih dahulu.
Tambah Aprena, dia tidak menyangka walaupun sudah bergelar janda, masih ada lelaki yang mendekatinya.
Saya fikir, mungkin selepas cerai, tak ada lelaki yang sudi dengan saya.
Selalu juga tertanya, ada lagikah lelaki yang nak datang dekat dengan saya yang sudah bergelar janda ini?
Rupa-rupanya ada sahaja yang cuba dekati, tetapi, saya yang belum bersedia untuk serius.
Dalam pada itu, bertanyakan tentang kriteria lelaki pilihan, Aprena berkata dia tiada syarat khusus, namun semua lelaki yang dikenali kini bersifat budiman.
Alhamdulillah, semua yang hadir dalam hidup saya selepas cerai adalah orang yang baik-baik.
Sekadar info, Aprena mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada tahun 2016, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada Jun tahun lalu.
The post ‘Saya Nak Single Dahulu, Sebelum Ini Fikir Tentang Pasangan Pun Tak Habis Lagi’ – Aprena Manrose first appeared on OHBULAN!.





