34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Nak Kita Berkumpul Selalu, Bukan Hanya Di Dunia Tetapi Akhirat’ – Abby Abadi Titip Ucapan Sempena ‘Birthday’ Norman Hakim

    Shopee Sale

    Pelakon, Abby Abadi menitipkan ucapan istimewa buat bekas suaminya, Norman Hakim bersempena ulang tahun kelahiran ke-50 aktor tersebut.

    Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Tuntut Semula Hutang Mas Kahwin, Abby Abadi Seloroh – ‘Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?’

    ‘Terima kasih’

    Menerusi hantaran di TikTok, Abby, 48, mendoakan agar Norman sentiasa berada dalam keadaan baik dan diberi kekuatan untuk terus menjalani kehidupan dengan penuh tanggungjawab.

    Sanah helwah (selamat hari lahir) Norman yang ke-50. Semoga sentiasa hebat dan handsome bergaya serta tetap nampak sihat bertenaga.

    Syukur Allah panjangkan umur kita sebab banyak lagi tanggungjawab yang tak selesai dan tak akan pernah selesai kalau kita memahami tugas kita sebagai hamba Allah atas muka bumi ini.

    Dalam perkongsian sama, Abby turut merakamkan penghargaan kepada Norman atas peranannya sebagai bapa yang bersama-sama membesarkan anak-anak mereka meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.

    Terima kasih untuk banyak perkara. Paling penting, terima kasih masih sudi untuk bersama saya meraikan anak-anak yang sudah besar.

    Hidup ada turun naik. Ini bila tengah hebat Allah beri rezeki berganda. Tak sama macam dahulu. Apa pun keadaan, sentiasa beringat. Besar tanggungjawab kita sebagai ibu bapa bila Allah kurniakan anak yang ramai.

    Kita kena didik mereka sebaiknya. Saya nak kita bersama dapat berkumpul selalu, bukan hanya di dunia tetapi di akhirat. Jangan marah-marah, ada duit lebih kasi sahaja.

    Dalam pada itu, Abby turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Norman kerana menaja percutian anak-anak mereka ke Jepun.

    MENARIK:  23 Pejuang Global Sumud Flotilla Bebas, Dijangka Pulang Esok Malam Atau Isnin

    Untuk rekod, Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum sah bercerai pada 2009.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, Marissa Dania Hakim, 21, dan Danisha Hakim, 18.

    Abby kemudiannya berkahwin dengan Faizal, manakala Norman pula mendirikan rumah tangga bersama pelakon Memey Suhaiza pada 2011.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Saya Nak Kita Berkumpul Selalu, Bukan Hanya Di Dunia Tetapi Akhirat’ – Abby Abadi Titip Ucapan Sempena ‘Birthday’ Norman Hakim first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah