28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Mohon Maaf Tapi Fattah Tidak Menerima Kereta Lamborghini Itu Daripada Pihak Berkenaan’ – Pengurus

    Shopee Sale



    Pengurus kepada pelakon terkenal Fattah Amin iaitu Sakirin Acha tampil mendedahkan bahawa kereta Lamborghini ungu dalam video tular baru-baru ini bukanlah milik aktor itu seperti yang disangka ramai.

    ‘Fattah tidak menerima kereta Lamborghini’

    Memetik laporan Harian Metro, Sakirin atau lebih mesra dengan panggilan Acha menjelaskan bahawa kereta mewah itu bukanlah hadiah daripada pengusaha kedai emas. Sebaliknya itu hanyalah prop yang digunakan bagi tujuan konten.

    Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit.

    Dalam kesempatan itu, Acha turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat salah faham yang timbul akibat video tersebut selain berharap penjelasannya ini dapat meredakan kekeliruan ramai.

    Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan.

    Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan Fattah menerima kunci kereta daripada seorang lelaki sebelum memandu kenderaan mewah jenis Lamborghini berwarna ungu.

    MENARIK:  Naim Daniel Sesak Nafas Baca Komen Netizen, Syukur Tindakan Undang-Undang Beri Pengajaran – ‘Umur Nak Dekat 30 Tak Kuat Nak Baca’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah