30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Menulis Dalam Diam, Sesuatu Yang Sedap Di Halwa Telinga’ – Aina Abdul

    Shopee Sale



    Aina Abdul

    Mengakui badai dan tomahan yang diterima sangat hebat selepas persembahan di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi, Aina Abdul memberitahu keputusan berdiam diri buat sementara waktu adalah tindakan yang tepat.

    Mental lebih tenang

    Aina Abdul

    Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, emosi dan mentalnya bertambah baik sepanjang tempoh ‘menghilang’ terutama dalam media sosial sekali gus memberi fokus serta ketenangan kepadanya untuk menyiapkan buah tangan terbaharu kepada peminat.

    Enam tahun bertanding AJL bukan tempoh yang singkat, agak lama. Selepas AJL39 hari itu, saya memilih untuk menulis dalam diam. Badai AJL39 itu sangat kuat sehingga saya ambil keputusan berdiam diri.

    Mental saya lebih tenang kerana saya boleh menulis tanpa memikirkan persepsi orang lain. Sekarang saya sedang menulis yang sedap di halwa telinga. Saya ingin berikan sesuatu yang orang suka putar banyak kali.

    Selepas beberapa tahun di AJL, saya baru tahu betapa mencabarnya jadi anak seni. Orang lebih nampak kepada perkara yang negatif. Hilang diri dari sosial media adalah pilihan sendiri supaya dapat refleks diri.

    Aina berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Media Prima yang berlangsung baru-baru ini.

    ‘Semangat saya lagi hebat’

    Aina Abdul

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Terus Hidup itu bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan mahupun memberi bayangan mengenai karya terbaharunya dan hanya akan mengumumkan sejurus siap.

    Saya masih bekerja macam biasa, sedang menulis beberapa lagu dan banyak yang dalam proses. Cuma belum boleh dikongsikan, tapi saya percaya ‘the real fans’ tahu saya buat apa.

    Kalau saya berehat daripada menulis itu tidak baik, walapun cacian itu agak hebat, tapi semangat saya lagi hebat.

    Bercakap fasal kecaman yang diterima mengenai persembahan di AJL39 menerusi lagu Puas Sudah, Aina enggan lagi memikirkan tentang itu, sebaliknya sudah melupakan episod hitam tersebut dan menyimpan rapi dalam kamus hidup.

    Apa yang paling saya terkesan adalah apabila ada orang kata saya suka ‘show off’ dalam persembahan, sedangkan itu bukan ‘show off’ tapi konsep persembahan.

    Apa pun, saya sudah tutup episod itu dalam hidup saya dan sekarang lebih semangat untuk lancarkan lagu baru. Saya tahu dalam industri ini ada yang mahu lihat saya jatuh.

    Sebelum ini, Aina menjadi sasaran netizen termasuk buli siber dan ‘face shaming’ selepas persembahan dalam AJL 39.

    MENARIK:  Fitnah Bekas Menantu, Chef Wan Diarah Bayar Ganti Rugi Sebanyak RM150k

    Segelintir netizen seolah-olah tidak menghargai bakatnya, malah ada yang bersorak gembira ketika gagal membawa pulang hadiah utama pada pertandingan itu.

    Pada AJL 39, Aina berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Puas Sudah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah