28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Memang Ketinggalan Tapi Saya Tak Tersaingi Dengan Syamsul & Syafiq Yusof’ – Pierre Andre

    Shopee Sale



    Pengarah dan pelakon Pierre Andre mengakui sudah banyak ketinggalan selepas berehat 10 tahun dari dunia perfileman, lebih-lebih lagi selepas melihat kejayaan dua pengarah hebat, Syamsul dan Syafiq Yusof.

    ‘Cemburu tu tidak lah’

    Ketika ditemui , Pierre atau nama lengkapnyaa Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre, 40, berkata dia tidak menyesal dengan keputusan itu sebaliknya bersyukur kerana banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang tempoh tersebut.

    Nak kata menyesal tu tidak tapi saya rasa bersyukur kerana dalam tempoh 10 tahun tu, nilai dan harga saya semakin naik (mahal) daripada dulu. Mungkin sebab susah nak dapatkan saya.

    Dalam tempoh itu juga saya banyak belajar dan tengok balik apa yang salah dan silap, dan sekarang saya lebih matang.

    Pierre berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Doa Selamat filem Nar’Sata Sekutu Setan yang diadakan di Ibu Pejabat Metrowealth di Petaling Jaya.

    Meskipun agak ketinggalan, Pierre menegaskan dia sama sekali tidak mencemburui dengan pencapaian dua beradik itu, sebaliknya menganggap kejayaan itu sebagai inspirasi buatnya untuk menjadi lebih baik.

    Kalau nak kata ketinggalan dengan Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof, memang ya. Sebab kejayaan yang mereka hasilkan tu nampak jelas. Tapi nak kata cemburu tu tidak lah.

    Saya tak rasa tersaingi dengan mereka sebab hakikatnya musuh sebenar adalah diri sendiri. Saya selalu ‘berperang’ diri sendiri dan sejujurnya kejayaan mereka hari ini adalah inspirasi untuk menjadi pengarah lebih baik.

    Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan turut berkata bahawa bagi menghasilkan naskhah yang berkualiti, dia sentiasa bersikap terbuka dan menerima kritikan membina daripada orang ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Kejayaan Ernie & Syamel dalam Mendapatkan Kek Tapak Kuda Ustaz Riduan melalui Doa, Usaha, Tawakal & Kabel

    Pandangan tersebut dianggap penting bagi menambah baik karya arahannya pada masa akan datang, termasuk filem terbarunya, Nar’Sata Sekufu Setan.

    Nar’Sata Sekufu Setan yang bergenre seram thriller bakal memulakan penggambaran pada 20 Mei depan membariskan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Fadlan Hazim, Aniq Suhair, Khatijah Tan dan Khenobu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah