27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Macam Peti Ais Dalam Filem Magik Rompak’ – Zul Ariffin

    Shopee Sale

    Pelakon, Zul Ariffin mengakui bentuk fizikalnya agak berisi ketika menjalani penggambaran filem aksi komedi terbaharu, Magik Rompak, arahan sutradara terkenal, Adrian Teh.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masih Kekal Pegang Jawatan ‘Presiden Duda’, Sharnaaz Ahmad Belum Temui Jodoh Sesuai – ‘Yang Mendekati Ada’

    Berat 102kg

    Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin, 39, secara berseloroh berkata dia tetap bersyukur kerana masih mendapat tawaran membintangi naskhah berkenaan walaupun berat badannya ketika itu mencecah lebih 100 kilogram.

    Saya gemuk dalam filem itu. Pengarah ada tanya untuk kecilkan sedikit, tapi saya rasa macam okay dengan fizikal ketika itu, namun apabila lihat semula nampak sedikit besar. Tapi bersyukur, ada juga yang ambil berlakon.

    Berat saya dalam filem ini tidak silap dalam anggaran 100 hingga 102 kilogram. Namun, berat saya yang sekarang adalah 83 kilogram.

    Berat yang sekarang saya turunkan untuk sebuah lagi filem yang bakal keluar nanti. Kalau yang dalam filem Magik Rompak dah macam peti ais.

    Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Magik Rompak di GSC IOI City Mall, Putrajaya, Isnin.

    MENARIK:  Azrul Raja Lawak Dedah Faisal Halim ‘Humble’, Suka Tengok Geng Bas Sekolah Waktu Kecil

    Mengulas lanjut, Zul berkata dia kini mengekalkan berat badan ideal demi memastikan lebih mudah melakukan aksi lasak dalam naskhah akan datang.

    Dengan umur saya yang sekarang berusia 39 tahun, saya tidak akan biarkan berat badan saya melebihi 89 kilogram.

    Supaya jika ada terlibat dengan mana-mana filem aksi yang menuntut untuk berlawan, memudahkan untuk saya turun dengan mudah.

    Berkongsi pengalamannya di set penggambaran, Zul mengakui seronok apabila diberi peluang buat pertama kali bekerjasama dengan Adrian serta barisan pelakon lain.

    Tiada sebarang cabaran yang menyukarkan, segalanya berjalan dengan baik sepanjang proses penggambaran.

    Ini juga pengalaman pertama saya berlakon di bawah arahan Adrian, dia ada cara tersendiri ketika mengarah.

    Pelakon dalam filem ini juga ramai dan saya seronok dapat bekerjasama dengan mereka.

    Selain Zul, Magik Rompak yang akan menemui penonton di pawagam bermula 11 September ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Amelia Henderson, Yasmin Hani, Fabion Loo, Miller Khan dan ramai lagi.

    The post ‘Saya Macam Peti Ais Dalam Filem Magik Rompak’ – Zul Ariffin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah