Suami kepada pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh menyifatkan kejadian menimpa anaknya, Lyla Mulan Teh yang terjatuh dari buai elektrik sebagai satu pengajaran besar buatnya sebagai seorang bapa.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Luah Rasa Bersalah, Anak Luka Di Muka Akibat Terjatuh Buaian Elektrik
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Didik Anak Hidup Bersederhana, Tak Pandai Pakai Barang Berjenama – ‘Saya Bukan Lahir-Lahir Senang’
Syukur Mulan cedera ringan

Menerusi ciapan di aplikasi Threads, Lokman dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur kerana kejadian itu tidak mengakibatkan kecederaan yang serius terhadap anaknya yang baru berusia enam bulan itu.
Kejadian itu menjadi satu pengajaran buat saya dan isteri sebagai ibu bapa. Buaian elektrik anak tiba-tiba jatuh dan putus ketika Mulan sedang tidur.
Nasib baik di bawahnya ada selimut dan bantal, jadi bila dia jatuh terlentang masih selamat. Cuma mesin buai itu jatuh terkena muka dia.
Hati saya luluh melihat wajahnya lebam. Kami terus bawa ke hospital untuk diperiksa dan Alhamdulillah, impaknya tidaklah terlalu teruk.
Sebagai ibu bapa, memang perit rasanya melihat sesuatu yang tak mampu kami elakkan. Tapi dengan izin Allah SWT, ia hanya kecederaan ringan.
Atikah masih rasa bersalah

Dalam masa yang sama, usahawan itu turut memaklumkan Atikah sehingga kini tidak berhenti menangis dan terus-menerus menyalahkan diri sendiri.
Saya dah cuba tenangkan Atikah dan maklumkan yang dia tak gagal sebagai seorang ibu.
Saya juga katakan ini bukan salah dia tetapi dia tidak berhenti-henti menangis.
Terdahulu, Atikah berkongsi khabar duka mengenai anak perempuannya yang mengalami sedikit kecederaan di bahagian muka selepa terjatuh daripada buaian elektrik.
Ujar Atikah, dia merasakan dirinya gagal menjadi ibu yang baik kerana percaya kejadian itu berpunca daripada kesilapan dirinya yang tersilap memasang buai.
Sumber: Threads Lokman Teh
The post ‘Saya Dah Cakap Dia Tak Gagal Sebagai Seorang Ibu Tetapi Masih Tak Henti Menangis’ – Suami Atikah Suhaime first appeared on OHBULAN!.





