27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Cium Kasut Tu Macam Cium Kaki Mak’ – Cef Wan Dedah Masih Simpan Kasut Arwah Ibu Sebagai Pengubat Rindu

    Shopee Sale

    Cef terkenal, Datuk Cef Wan berkongsi cebisan memori yang mengundang air mata apabila menceritakan tentang sepasang kasut peninggalan arwah ibunya, Noraini Abdullah.

    Artikel Berkaitan: Chef Wan Terpaksa Cuit Iddin Ramli Ketika ‘Live’, Hampir Masuk Waktu Azan – ‘Saya Diberi Arahan Untuk Tegur’

    Artikel Berkaitan: Chef Wan Utamakan Kebajikan, Beri Elaun Kepada Adik-Beradik & Bekas Isteri – ‘Seorang RM3,000 Macam Duit Pencen’

    Kasut ibu

    View on Threads

    Menerusi klip podacast, pemilik nama Redzuawan Ismail berkata kasut itu menjadi pengubat rindunya kerana dia sering mencium kaki arwah ibunya ketika wanita itu masih hidup.

    Dalam podast itu, Cef Wan memaklumkan kasut itu diberikan kepada arwah ibunya seminggu sebelum dia menghadap ilahi.

    Masa tengah-tengah kemas kasut, terjumpa kasut mak yang saya belikan sebelum mak meninggal dunia.

    Saya tak buang kasut tu dan masih simpan. Kasut tu comel sebab kaki mak kecil.

    Sekali-sekala, saya cium kasut tu seolah-olah saya mencium kaki mak.

    Dalam masa yang sama, Cef Wan yang tidak dapat menahan sebak turut berkongsi selain daripada kasut dia juga menyimpan sikat

    Saya simpan sikat dia, rambut-rambut dia masih ada. Tudung dan kain batik pun masih ada.

    Setiap minggu saya pergi kubur ibu, jaga dengan baik.

    Cef Wan turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar menghargai dan menjaga ibu bapa sebaik mungkin supaya tidak timbul penyesalan apabila mereka sudah tiada.

    MENARIK:  ‘Tak Semua Orang Sanding Sesuai Pakai Putih’ – Alha Alfa Bagi Tips Elak Muka Nampak Kelabu Waktu Nikah

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Cium Kasut Tu Macam Cium Kaki Mak’ – Cef Wan Dedah Masih Simpan Kasut Arwah Ibu Sebagai Pengubat Rindu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah