34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Boleh Bayar Tapi Perlu Tengok Poket Waris Lain Juga’ – Rita Rudaini Faham Masalah Kewangan Ibu Bapa

    Shopee Sale

    Tindakan Rita Rudaini yang membawa suara ibu bapa mengenai isu pendidikan anak-anak dilihat sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada warganet.

    Artikel Berkaitan: ‘Berkata Jujur Tak Selalu Manis, Kadang Yang Pedih Didengar Itulah Paling Benar’ – Rita Rudaini

    Artikel Berkaitan: YDP & Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini, Dakwa Digelar ‘Prof Kangkung’ & Gila Jawatan

    Pengalaman di asrama

    Menerusi hantaran di Threads, seorang individu berkongsi pengalamannya membayar beberapa jenis yuran semasa menjadi pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dahulu.

    Menurut individu terbabit, dia mengakui berasa terbeban dengan pelbagai yuran yang dikenakan berikutan berasal dari keluarga yang sederhana.

    Bila tengok Rita Rudaini lawan, terus teringat masa mula nak masuk SBP dulu. Baju batik pun RM200+, itu kain sahaja belum upah buat lagi.

    Ibu bapa B40 masa itu, duit rumah sukan, duit baju kelab , yuran kelab. Mujurlah sudah selesaikan duit yuran makan sampai setengah tahun.

    Mungkin bagi orang lain, ia hanya RM25, tetapi bagi saya ia boleh digunakan untuk yuran makan. Itu belum buku rujukan lagi.

    Sementara itu, Rita dilihat membalas hantaran berkenaan dan sebagai ibu dia memahami luahan individu tersebut.

    MENARIK:  Fatima Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’, ‘Design’ Kek Fattah Amin Curi Perhatian Peminat – ‘Patung Mommy Tak Ada’

    Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata, dia sentiasa meletakkan dirinya sama seperti ibu bapa lain yang mungkin berdepan dengan masalah kewangan dan kurang berkemampuan.

    Saya boleh bayar tapi saya perlu tengok ‘poket’ waris lain juga. Kita yang boleh bayar, boleh cakap macam-macam sebab kita mampu.

    Tunggulah suatu hari, kita dah tak mampu.

    Jadi, bagi saya, ‘always put yourself in others’ shoes (kita kena sentiasa memahami keadaan orang lain).

    Kalau kita rasa ia menyakitkan, mungkin ia menyakiti orang lain juga.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan pelakon filem Mami Jarum itu.

    Dalam masa sama, mereka juga memuji sikap berani dan kelantangan Rita dalam mengetengahkan isu berkenaan.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Boleh Bayar Tapi Perlu Tengok Poket Waris Lain Juga’ – Rita Rudaini Faham Masalah Kewangan Ibu Bapa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah