Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memaklumkan bahawa penulisan karya muziknya tidak terjejas susulan pertuduhan kes amang seksual yang dihadapinya pada Mei lalu.
Artikel Berkaitan: Kehadiran Naim Daniel Ke Mahkamah Timbul Tanda Tanya
Artikel Berkaitan: Artis Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual, Peminat Titip Kata Semangat
Sibuk

Ketika ditemui , Muhammad Naim Daniel Baharin berkata dia kini sedang sibuk menghasilkan karya-karya baharu.
Saya cuma datang untuk penyerahan dokumen sahaja. Alhamdulillah, saya dalam baik-baik dan tengah sibuk dengan muzik saya balik.
Sekarang pun saya sedang sibuk menulis lagu juga.
Selain itu, saya cuma betul-betul fokus dengan diri dulu.
Naim berkata demikian selepas selesai prosiding penyerahan pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada hari ini.
Sementara itu, pelantun lagu Sumpah itu juga berharap orang ramai harap bersabar menantikan lagu terbaharu daripadanya.
Setakat ini, alhamdulillah. Ada atau tiada (kes) itu kerja saya.
Jadi, saya buat seperti biasa dan harap semua orang dapat sama-sama bersabar untuk kemas kini yang seterusnya, insya-Allah.
Hari ini, Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini, hari ini menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan kes Naim di bawah pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu.
Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.
The post ‘Saya Bekerja Seperti Biasa, Harap Semua Dapat Bersabar’ – Naim Daniel first appeared on OHBULAN!.





