27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Anak Tak Sah Taraf’ – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Berkahwin

    Shopee Sale



    Pelakon Myra Natasya mendedahkan dia merupakan anak tidak sah taraf hasil hubungan bapanya iaitu penyampai radio, Halim Othman.

    Myra dakwa anak tak sah taraf Halim Othman

    Memetik laporan Mstar, Myra atau Yusmyra Natasya Abdullah mendakwa Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang didakwa sebelum ini. Tambah wanita berusia 29 tahun itu lagi, selama ini dia  merahsiakan perkara itu kerana mahu menjaga nama baik bapanya.

    Ibu bapa saya tidak pernah berkahwin pun! Apabila saya ceburi bidang seni, saya beritahunya supaya jangan risau dan akan lindungi nama baiknya dan beritahu kepada media mereka bernikah di Thailand.

    Saya terpaksa menipu ketika membuat kenyataan kepada media tetapi hakikatnya saya adalah anak tak sah taraf.

    Difahamkan, sebelum ini berlakunya perselisihan faham antara dua beranak itu susulan tindakan Halim didakwa memasukkan namanya pada bahagian maklumat bapa tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa kebenaran Myra.

    Sebelum ini saya selalu merayu kepadanya untuk memberitahu saya adalah anaknya. Pada 2019, selepas saya mula menceburi bidang hiburan barulah dia izinkan saya untuk dedah cerita sebenar.

    Myra akui berang dengan jawapan angkuh penyampai radio itu saat ditanya berhubung tindakannya menukar sijil lahir asalnya.

    Saya tak perlu minta izin awak (Myra). Tanpa gen saya, awak tidak akan wujud di dunia ini. Bersyukurlah,” kata Halim dalam mesej dihantar kepada Myra.

    MENARIK:  Farah Lee Berkecil Hati Pengurusan Dana Dipersoal, Dedah Sumber Pendapatan Lain – ‘Tak Semua Buat NGO Untuk Kaya’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah