27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarimah Ibrahim – ‘Sis Memang Auntie, Tapi Tak Okay Dengan Kata-Kata Kasar’

    Shopee Sale

    Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim tampil memberi respons selepas namanya menjadi sasaran susulan kenyataan pelakon Puteri Balqis yang mendakwa dirinya dikhianati.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim Sambung Pengajian, Mahu Jadi Inspirasi Untuk Anak

    Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Tolak Tawaran Siri Antarabangsa, Adegan Berc*um Bercanggah Dengan Prinsip & Moral

    Panggilan ‘auntie’

    Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah, 48, mengakui tidak kisah apabila dipanggil dengan gelaran ‘auntie’.

    Bagaimanapun, Sarimah menegaskan bahawa dia tidak boleh menerima penggunaan kata-kata kasar mahupun kenyataan yang boleh mengundang fitnah terhadap dirinya.

    Saya okey saja.

    Memang pun auntie.

    Tapi saya tak okey dengan kata-kata kasar, kurang ajar atau mengundang fitnah.

    Itu saya tak boleh terima.

    Sebelum ini, Puteri Balqis meraih perhatian apabila membuat hantaran yang ditujukan kepada Sarimah menerusi Instagram.

    MENARIK:  Yuran Guaman, MOT, Ansuran 0% – Semua S P Setia Bayarkan, Beli Rumah Kini Lebih Mudah!

    Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mengucapkan terima kasih kepada Sarimah kerana memberikan kata-kata semangat menerusi mesej peribadi (DM).

    Keadaan mula menjadi perhatian apabila Aqish mendakwa Sarimah bersikap berbeza ketika berhubung secara peribadi berbanding di hadapan orang ramai.

    Sumber: Threads

    The post Sarimah Ibrahim – ‘Sis Memang Auntie, Tapi Tak Okay Dengan Kata-Kata Kasar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah