Saksi pendakwaan dalam kes membabitkan usahawan sensasi Datin Vivy Yusof tampil mendedahkan butiran transaksi yang dilakukan pada tahun 2018 ke akaun syarikat 30 Maple Sdn Bhd.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Lancar Produk Kesihatan, Harap Dapat Bantu Kawal Gula Rakyat Malaysia
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Tenang Jalani Hidup Privasi – ‘Untuk Jadi Ibu & Isteri Yang Lebih Baik’
Saksi kes Vivy Yusof dedah RM8 juta dipindah

Memetik laporan Berita Harian, sebanyak RM8 juta dipindahkan daripada akaun Fashion Valet ke akaun bank milik syarikat 30 Maple Sdn Bhd pada 21 Ogos 2018.
Menurut Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank Cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Azizan Hassan, 45, transaksi itu dibuat secara dalam talian dengan kemasukan wang masing-masing berjumlah RM5 juta dan RM3 juta.
Pada hari sama (21 Ogos), telah berlaku satu lagi transaksi kemasukan wang sebanyak RM3 juta dengan deskripsi yang sama. Saya juga sahkan baki sebelum kemasukan wang berjumlah RM3 juta adalah RM7,678,853.48.
Mengulas lanjut, akaun semasa berkenaan didaftarkan secara rasmi pada 11 Jun 2018 dengan menamakan Vivy dan Fadzarudin Shah sebagai penandatangan yang dibenarkan.
Selain itu, terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun syarikat terbabit yang berjumlah RM10,213,537.28 pada 3 September 2018 selain transaksi kemasukan wang berjumlah RM5 juta pada tarikh sama dan transaksi pengeluaran wang berjumlah RM5 juta pada 4 September 2018 dengan deskripsi dividen interim atas nama Fadzarudin Shah.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam paltform e-dagang.
Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
Susulan daripada kes tersebut, Vivy difahamkan memilih untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih tertutup tanpa berkongsi sebarang kisah peribadi dengan terperinci.
Sumber: Berita Harian
The post Saksi Kes Vivy Yusof Sahkan RM8 Juta Daripada Fashionvalet Masuk Akaun 30 Maple first appeared on OHBULAN!.





