32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hannah Delisha Wajah Pelaris, Dilantik Jadi Duta Produk Kecantikan

    Shopee Sale



     

    Selebriti versatil, seringkali memukau para peminat dengan bakat luar biasa yang ada pada dirinya sehinggakan berjaya menjadi antara artis paling bersinar di Malaysia.

    Artis serba boleh

     

    Bukan saja popular sebagai seorang pelakon malah selebriti kelahiran Singapura ini juga begitu berbakat dalam bidang nyanyian.

    Buktinya, pelakon yang berusia 27 tahun ini mula mencuri perhatian ramai dengan lagu-lagu hitnya yang memaparkan vokal mantap dan melodi yang menarik.

    Selain daripada bakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, wajahnya yang persis selebriti Hollywood membuatkan Hannah Delisha sering mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta.

    Dilantik jadi duta produk

    Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.

    Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.

    Tambah Hannah, dia berasa sangat teruja kerana diberikan kepercayaan untuk menjadi duta kepada produk kecantikan tersebut.

    Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.

    Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri.

    Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.

    Ketika ditanya adakah wajah pelaris yang diperkatakan menjadi sebab dirinya sering menjadi pilihan sesebuah jenama, Hannah hanya meluahkan rasa syukur dan berharap dapat memberikan impak yang positif kepada jenama tersebut.

    Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif.

    Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak.

    MENARIK:  Penyanyi Colombia Hentikan Konsert, Berang Ada Ibu Datang Bawa Bayi Umur Setahun

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah