29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ruri Repvblik Hormat Budaya Malaysia, Tidak Akan Buka Baju Atas Pentas – ‘Kalau Buat Di Sini Nampak Janggal’

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia, Ruri Repvblik memilih untuk menghormati budaya Malaysia dengan tidak membuka baju sesuka hati di khalayak umum ketika melakukan persembahan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Buat Kejutan Sertai GV12, Berikut Senarai Penuh Peserta

    Janggal

    Ketika ditemui , pemilik nama Ruri Herdian Wantogia berkata dia tidak mempunyai masalah untuk mematuhi undang-undang di negara ini meskipun ia adalah perkara biasa yang dilakukan ketika berada di Indonesia.

    Kalau di Indonesia ia adalah perkara biasa. Bukan saya yang vokalis saja buka baju di atas pentas.

    Kalau di Malaysia, saya janggal untuk lakukan perkara itu. Saya perlu hormati budaya dan orang-orangnya.

    Ruri berkata demikian ketika ditemui selepas selesai konsert minggu pertama GV12 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

    MENARIK:  Lebih 50 Usahawan RichWorks Capai Jualan RM10 Juta Hingga RM500 Juta Sepanjang Tahun 2024

    Ketika ditanya sebab penglibatannya dalam program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Ruri berkata dia membuat keputusan itu kerana mahu menambah lebih ramai peminat di Malaysia.

    Alhamdulillah kalau sudah ramai peminat. Saya tidak penat ulang-alik malah gembira dan menikmati setiap saat.

    Saya ada berbincang dengan kumpulan saya dan mereka memberikan sokongan kepada saya.

    Mereka juga cakap kalau saya masuk sampai ke final, mereka akan datang.

    The post Ruri Repvblik Hormat Budaya Malaysia, Tidak Akan Buka Baju Atas Pentas – ‘Kalau Buat Di Sini Nampak Janggal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah