Pelakon, Puteri Sarah Liyana terpanggil untuk bersuara mengenai ‘burnout’ yang menjadi bualan hangat di media sosial buat golongan ibu.
Artikel Berkaitan: ‘Sikit Pun Tak Pernah Keluar Dari Mulut Saya Penat & Burn Out Jaga Anak’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: Netizen Risau Keadaan Uqasha Senrose, Mohon Keluarga Bawa Jumpa Pakar – ‘Dia Perlukan Pertolongan’
‘Burnout’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akui perasan ‘burnout’ adalah normal bagi golongan ibu.
Ujar pelakon filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ itu, dia berpendapat aktiviti bersendirian dapat membantu untuk mengurangkan rasa penat.
Normal tak kalau kadang-kadang mak rasa burnout dan penat?
Ya, normal.
Menghabiskan masa dengan diri sendiri saja pun dah okay.
Nikmati makan, jalan-jalan, window shopping dan rasa kembali fresh.
Dalam pada itu, Sarah memaklumkan dirinya kini dalam fasa merasakan kepenatan yang melampau.
Hari ini adalah hari Sarah rasa burnout.
Golongan ibu setuju




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon berusia 39 tahun itu yang menyatakan fasa ‘burnout’ yang dihadapi oleh golongan ibu. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan Sarah dipermudahkan.
Sumber: TikTok @ByPSL
The post [VIDEO] Puteri Sarah Liyana Akui Normal Golongan Ibu ‘Burnout’ – ‘Hari Ini Hari Saya’ first appeared on OHBULAN!.



Today is the day Sarah rasa burnout
Yeke? Ke sebab nak makan banyak
Btw, spaghetti dia tu portion dia besar untuk dua orang makan
#puterisarahliyana


