28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rosyam Nor Tiada Masalah Trend Lambakan Lagu Raya Tahun Ini – ‘Janji Meriah!’

    Shopee Sale

    Pelakon Datuk Rosyam Nor memberi pandangan berkenaan trend lagu-lagu Hari Raya yang dilihat semakin banyak dihasilkan pada tahun ini terutama oleh rakan-rakan artis dan personaliti media sosial.

    Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Komen Isu Pelakon Datang Lewat – ‘Janganlah Sampai 5 Jam Lambat, Itu Kurang Ajar Namanya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tunggu Saya Akan Serang’ – Rosyam Nor Respon Isu Marah ‘Intern’

    Memeriahkan industri

    Ketika ditemui , Rosyam atau nama lengkapnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 59, berkata mereka bebas untuk menghasilkan karya jika mempunyai kewangan yang mencukupi.

    Dalam industri hiburan, ada yang bagus, ada yang biasa, tapi yang tak bagus pun ramai juga.

    Bagi orang-orang seperti ini, ada duit nak buat album, dia buatlah album..ada juga orang nak tengok.

    Macam orang menyanyi karaoke, kalau dia rasa dia bagus dia nak buat album. Tapi dia tak ada duit pula.

    Menurut Rosyam, sebagai seorang senior di dalam bidang seni, dia tiada sebarang masalah dengan kemunculan pelbagai lagu Hari Raya, malah menganggap ia memeriahkan lagi industri hiburan.

    Bagi saya, tak mengapa, anggaplah ada lagu yang serius, ada juga yang diibaratkan seperti lagu komedi. Ia adalah salah satu cara untuk memeriahkan industri. Kadang-kadang kita nak tengok itu ini..janji ia meriah!

    Pada saya tak ada masalah. Siapa rasa dia nak buat lagu, buatlah..dia punya duit. Macam dulu-dulu lain, kena jumpa komposer.

    Sekarang ni masuk dekat AI, masuk dekat ChatGPT dah jadi lagu, nyanyi sajalah.

    Sambutan Hari Raya

    Sementara itu, pelakon filem Janji Diana ini turut berkongsi dia menyerahkan segala persiapan Aidilfitri kepada isteri dan anak-anak, namun tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

    Persiapan saya sebagai ketua keluarga ialah menyediakan apa yang patut. Persiapan lain selalunya isteri dengan anak-anak sediakan.

    Saya yang dah berumur macam ni ikut sahaja apa yang mereka buat.

    Tambah Rosyam lagi, bulan Syawal menjadi lebih bermakna dengan kehadiran cucu-cucunya yang menjadi penyeri dan menceriakan lagi suasana.

    Cucu ni lain daripada anak. Cucu ni anak orang, marah kita tak boleh pukul atau tampar, makin marah makin sayang, mereka jadi penghibur untuk orang yang berumur macam saya.

    Masa muda dulu saya terlalu sibuk mencari nafkah dan kerjaya, tak berpeluang manja lebih-lebih dengan anak. Jadi bila ada cucu, inilah masanya.

    Cucu saya sekarang ada enam, lima perempuan satu lelaki. Yang lelaki tu paling manja.

    The post Rosyam Nor Tiada Masalah Trend Lambakan Lagu Raya Tahun Ini – ‘Janji Meriah!’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Menarik Perhatian Ramai - Kerusi Urut Terhad Spider-Man GINTELL Menawarkan Rasa Lega Yang Luar Biasa

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah