31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    REV Media Group Meneruskan Cabaran ‘Real Atau AI’, Bantu Bezakan Kandungan Asli & Janaan AI

    Shopee Sale

    REV Media Group mengambil langkah proaktif bagi menyebar kesedaran dalam membezakan kandungan asli dan janaan AI ekoran evolusi teknologi pesat kini.

    Artikel Berkaitan: REV Media Tampil Dengan Kempen ‘Real Ke AI?’

    Artikel Berkaitan: REV Media Group Rangkul Tujuh Anugerah Di MDA d’Awards 2025

    Kandungan janaan AI

    Inisiatif ini bukan sahaja meneruskan siri cabaran popular ‘REAL ke AI?’, tetapi juga diperluas dengan perkongsian pelbagai alat AI berguna yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

    Kempen ini turut mengetengahkan pelbagai sorotan menarik, termasuk proses di sebalik kejayaan Project Thric3 serta idea kreatif yang mendorong terhasilnya projek ini.

    Selain itu, cabaran visual turut diketengahkan bagi menguji kebolehan orang ramai mengenal pasti hidangan sebenar bersempena sambutan Hari Malaysia.

    Satu lagi cabaran visual bertemakan ‘mood’ percutian turut dipaparkan, mengajak pengikut membezakan destinasi idaman yang benar dan buatan AI, sambil berkongsi sorotan mengenai alatan AI yang memudahkan urusan harian, khususnya alatan yang paling popular dan kerap digunakan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan – ‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’

    Rev Media turut menyediakan cabaran menguji kebolehan pemerhati untuk mengenal pasti individu sebenar antara dua pilihan (A atau B). 

    Secara ringkas, kempen REAL ke AI? menyeru rakyat Malaysia menggunakan AI dengan lebih bijak dan bertanggungjawab, sambil mengingatkan semua agar kekal peka dan berhemah dalam membina ruang digital yang selamat dan dipercayai.

    Untuk maklumat lanjut dan menyahut seruan ‘Semak Fakta Sebelum Bertindak’, ikuti perkembangan REAL ke AI?.

    The post REV Media Group Meneruskan Cabaran ‘Real Atau AI’, Bantu Bezakan Kandungan Asli & Janaan AI first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah