Pelakon, Datuk Remy Ishak mendedahkan bahawa dia bukan jenis lelaki yang suka berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti ketika berada di rumah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak & Tuah Alam Seronok Pertama Kali Naik MRT
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak Tampil Imej Tindik Hidung – ‘Ini Tipu Ja, Bagilah Chance Nak Cuba Gaya Baru’
Suka urus anak

Menerusi hantaran di TikTok, Remy sebaliknya mengakui lebih senang mengambil inisiatif membantu isterinya, Ezza menguruskan anak mereka, Tuah Alam.
Jelas aktor berusia 43 tahun itu, dia tidak gemar menghabiskan masa terluang dengan hanya duduk diam, apatah lagi ketika tiada sesi penggambaran.
Percaya tak kalau saya cakap saya tak suka sangat berehat. Kalau tak ada shooting, saya tak boleh duduk diam. Bila di rumah, saya ambil alih tugas jaga anak untuk ringankan beban isteri.
Pada hantaran tersebut, Remy berkongsi sepotong video pendek menunjukkan dirinya sedang menguruskan anaknya, mengemas rumah dan beriadah.
Dalam pada itu, tambah pelakon filem Keluang Man, dia melakukan semua perkara itu atas kesedaran dan rasa tanggungjawabnya sendiri sebagai seorang suami dan bapa.
Isteri tak pernah paksa atau suruh pun. Tapi saya rasa itu memang tanggungjawab saya dan saya memang jenis tak reti duduk diam.
Sumber: TikTok
The post Remy Ishak Tak Suka ‘Goyang Kaki’, Bantu Isteri Kemas Rumah & Urus Anak first appeared on OHBULAN!.





