30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja 14 Tahun Terkedu Dapat Tahu Hamil 6 Bulan – ‘Buat Sekali Je, Boyfriend Kata Takkan Mengandung’

    Shopee Sale



    Seorang doktor, Amira Shazalyna Razali berkongsi kisah yang mengejutkan mengenai seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tidak menyedari dirinya berbadan dua.

    Remaja hamil luar nikah

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, Dr Amira memberitahu bahawa pada awalnya dia didatangi oleh seorang wanita yang meminta memeriksa anak perempuannya yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur.

    Wanita itu akui bimbang selepas mengetahui anak perempuannya yang berusia 14 tahun itu sudah hampir lima bulan tidak datang haid selain terdapat perubahan pada saiz perutnya.

    Doktor, saya nak scan check anak saya ni boleh? Lama period dia tak datang.

    Lepas tu saya risau tengok perut dia tu macam besar sikit. Budak zaman sekarang ni macam-macam.

    Namun siapa sangka, sangkaan doktor ini tepat apabila hasil imbasan mendapati terdapat janin cukup sifat sedang menghuni rahim pelajar ini.

    Kita dah tengok macam-macam perut pesakit, kita kenal mana satu besar sebab buncit lemak atau ada isi.

    Memang macam dijangka, nampak ada bayi dah berenang-renang pada skrin mesin scan. Sekali tengok ni rupa dah cukup sifat, kaki tangan semua dah ada, kalau nak tengok gender pun dah nampak.

    ‘Buat sekali je. BF ingat takkan pregnant’

    Sekadar gambar hiasan

    Terkejut dengan keputusan tersebut, si ibu kemudian bertanyakan tentang prosedur menggugurkan kandungan namun disebabkan kandungan sudah mencecah usia enam bulan, proses tersebut adalah tidak dibenarkan.

    MENARIK:  Dua Wanita Kutuk Rakan Sekerja Di ‘Live’ TikTok Terima Pelbagai Kecaman Netizen, Mengaku Sudah Minta Maaf

    Setelah bertanyakan tentang kejadian yang berlaku, remaja berkenaan mengaku bahawa dia telah melakukan hubungan seksual dengan teman lelakinya malah percaya lelaki itu akan bertanggungjawab.

    Buat sekali je. BF ingat takkan pregnant. Tapi rasanya dia akan bertanggungjawab.

    Tapi doktor, kawan-kawan saya pun ramai dah ‘buat’ dengan BF diorang.

    Susulan daripada apa yang berlaku, doktor ini sempat menasihati para gadis supaya menjaga pergaulan dan mengelakkan diri daripada terpedaya dengan kata-kata manis lelaki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah