Pasangan selebriti Redza Rosli dan Bella Hanna selamat menimang cahaya mata sulung pada 13 Januari.
Artikel Berkaitan: Redza Rosli & Bella Hanna Bakal Timang Anak Sulung
Artikel Berkaitan: Redza Rosli Dipuji Pandai Jaga Privasi, Wajah Bella Hanna Persis Dengan Marian Rivera
Cahaya mata sulung

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Bella atau nama lengkapnya Farhana Nabila Rosman menyifatkan kehadiran cahaya matanya itu sebagai satu anugerah terindah daripada Allah.
Daripada doa yang tidak terhitung hingga tangisan kecil yang lemah. Alhamdulillah, rahmat terbesar akhirnya berada dalam pelukan kami.
Dalam pada itu, Bella berkongsi nama yang dipilih buat putera sulungnya iaitu Muhammad Aydrean Raess.
Satu kasih yang tidak pernah kami ketahui wujud sehingga Allah menempatkanmu dalam pelukan kami.
Setiap doa membawa kepada kamu.
Setiap penantian amat berbaloi. Kami sangat menyayangi kamu, ‘beruang kecil’ kami.
Sekadar info, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram @mariofav
The post Redza Rosli & Bella Hanna Selamat Timang Anak Sulung, Muhammad Aydrean Raess Jadi Nama Pilihan first appeared on OHBULAN!.





