24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Yana Samsudin Masuk Hospital Kerana Kaki Tersepit Rim Basikal, Terkena Jangkitan Kuman

    Shopee Sale



    Penerbit dan pelakon Fadzil Zahari berdepan detik cemas apabila anak perempuannya iaitu Aura Aisy Sofea mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas tersepit rim basikal.

    Kaki masuk dalam rim

    Menerusi posting di Instagram, Fadzil berkata, dia segera membawa Sofea ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius.

    Kaki masuk dalam rim basikal. Saya berleter kepada dia (Sofea), awak nak jadistunt girl ke? Selesai pemeriksaan X-ray dan tidak ada bahagian yang patah jadi kami pulang semula ke rumah.

    Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini turut memberitahu dia perlu membawa anaknya ke hospital semula selepas terdapat jangkitan kuman pada kaki.

    Selepas tiga hari, badan anak saya gatal-gatal ingatkan alahan ubat. Pukul 2 pagi saya membawanya semula ke hospital. Doktor kata luka tersebut terkena jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan.

    Menerusi perkongsian tersebut juga, kejadian itu dipercayai berlaku di kampung halaman isterinya di Yong Peng, Johor.

    MENARIK:  [VIDEO] Azlee Cemburu Yassin Dapat Berpuasa Di Tempat Lebih Baik – ‘Dia Sihat, Mungkin Ada Berita Gembira Nanti’

    Menerusi pemerhatian Fadzil turut kelihatan menenangkan anaknya yang sedang menangis kesakitan dan memberi kata-kata semangat buat Sofea.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Haji Fadzil Zahari (@fadzilzahari)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah