27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Reaksi Pekerja Restoran Terkesima Fazura Buat Pesanan ‘Drive Thru’ Curi Perhatian Netizen

    Shopee Sale

    Respon seorang pekerja sebuah restoran yang teruja ketika dia didatangi oleh pelakon dan usahawan jelita, Fazura telah menyorot perhatian ramai.

    Arikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fatima Kata Dia Nak Pilih Sendiri Daddy Baru, Kena Approve’ – Fazura

    MENARIK:  Dari Dapur Lokal ke Pentas Dunia: Koperasi Malaysia Kini ‘All Out’ Tembusi Pasaran Global

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Faham Agama & Bertanggungjawab’ – Fazura Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

    Peminat teruja

    " data-video-id="7570425409104350484" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @fariza_zairul

    #fazura #farizazairul #artismalaysia #viral #fyp

    ♬ original sound – Fariza Zairul – Fariza Zairul

    Menerusi potongan klip sebuah video di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, dilihat menyapa pekerja itu di kaunter pandu lalu sebuah restoran dengan penuh mesra.

    Hai… MasyaAllah. Hello!

    Paling menjadi tumpuan adalah reaksi pekerja restoran tersebut yang dilihat sangat terkejut kerana tidak menyangka akan kehadiran selebriti popular itu.

    Dalam masa yang sama, Fazura sempat membuat pesanan makanan sambil berseloroh dengan pekerja restoran berkenaan.

    Sayang, sayang, nak tambah satu parmesan cheese sticks tu.

    Boleh fokus tak tu? Ya Allah sayang.

    Momen itu bertambah manis apabila Fazura secara spontan menawarkan dirinya untuk bergambar dengan pekerja restoran tersebut.

    Nak bergambar ke? Meh, selfie je.

    Netizen puji sikap Fazura

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon drama Lelaki Itu yang disifatkan lemah lembut dan mesra ketika melayan pekerja berkenaan.

    Sementara itu, mereka juga mengakui bahawa Fazura merupakan antara selebriti yang ramah dan tidak kekok untuk menyantuni peminatnya.

    Sumber: TikTok

    The post Reaksi Pekerja Restoran Terkesima Fazura Buat Pesanan ‘Drive Thru’ Curi Perhatian Netizen first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah