Sehingga ke hari ini, kita masih lagi berteka-teki adakah momen raya mengejut pada tahun 2022 akan berulang lagi berikutan ada yang menjangka Hari Raya Aidilfitri akan jatuh sehari lebih awal.
Lazimnya, tradisi di Malaysia pelbagai persiapan yang perlu dibuat sebelum tibanya Syawal. Namun, adakah anda sempat untuk menyediakannya jika raya jatuh pada hari Jumaat?
Jom tengok tips dari yang boleh anda gunakan jika tiba-tiba diumumkan raya pada esok hari.
Artikel Berkaitan: Throwback Momen ‘Panik Raya’ 2022
Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Keluarga Bakal Sambut Aidilfitri Di China, Buat Persiapan Konsert – ‘Kami Memang Ada Bawa Baju Raya’
Masak rendang ‘ekspress’

Apakah maknanya raya tanpa rendang. Jika mengikut teknik memasak dahulu, ia akan mengambil masa yang lama, tetapi jangan risau, anda boleh mengolah resipi tersebut.
Rendang ekspres biasanya menggunakan bahan asas seperti daging atau ayam, santan segera, pes cili kisar, bawang, halia, lengkuas serta serai.
Bagi menjimatkan masa, penggunaan pes rempah segera atau bahan yang telah dikisar amat membantu mempercepatkan proses memasak tanpa menjejaskan rasa.
Dengan teknik yang betul dan penggunaan bahan yang praktikal, rendang ekspres masih mampu mengekalkan rasa lemak, pedas dan kaya dengan rempah. Dalam masa 30 minit anda dan keluarga sudah boleh menikmati juadah ini.
Guna ketupat palas

Dalam situasi raya mengejut, penyediaan juadah tradisional tidak semestinya rumit atau memakan masa yang lama. Salah satu pilihan yang praktikal adalah dengan menggunakan ketupat palas sebagai hidangan utama kerana ia mudah didapati di pasaran.
Proses menganyam yang memerlukan kemahiran dan masa yang panjang boleh dielakkan, malah keenakan ketupat palas tetap dapat dinikmati seperti biasa.
Kini, terdapat pelbagai pilihan ketupat palas yang dijual sama ada dalam bentuk siap direbus atau sejuk beku. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memanaskan semula dengan cara mengukus atau merebus.
Serbu ‘supermarket’ 24 jam

Kunjungan ke pasar raya 24 jam menjadi antara solusi paling praktikal untuk mendapatkan keperluan saat akhir.
Kelebihan pasar raya yang beroperasi sepanjang masa ini adalah kepelbagaian pilihan yang ditawarkan.
Daripada bahan masakan seperti santan, rempah ratus dan daging, sehinggalah kepada kuih raya, minuman dan barangan pakai buang. Ini secara tidak langsung menjimatkan masa dan tenaga
Selain itu, terdapat juga pasar raya yang menyediakan juadah yang telah sedia dimakan dan hanya perlu dipanaskan sebelum dihidang.
Satu keluarga tolong masak
Amalan bergotong-royong di dapur bukan sahaja mempercepatkan proses memasak, malah menghidupkan kembali semangat kebersamaan yang menjadi teras sambutan Aidilfitri.
Setiap ahli keluarga boleh mengambil peranan masing-masing, ada yang memotong bahan, memasak lauk, menyediakan minuman atau menyusun hidangan di meja.
Melalui pendekatan ini, beban tidak tertumpu kepada seorang sahaja, sebaliknya dikongsi bersama secara adil dan teratur. Malah, suasana di dapur menjadi lebih ceria dengan gelak tawa dan interaksi sesama ahli keluarga, menjadikan proses memasak sebagai satu pengalaman yang bermakna.



. Patutnya aktiviti ni buat malam raya. Tapi disebabkan raya awal. So jadi la malam raya petama

