25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rasa Stres? Ini Cara ‘Simple’ Untuk Anda Kembali Tenang

    Shopee Sale

    Stres merupakan satu tindak balas semula jadi tubuh terhadap tekanan hidup, sama ada ia berpunca daripada masalah kerja, kewangan, hubungan sosial, kesihatan mahupun perubahan rutin harian.

    Artikel Berkaitan: Kenapa Tekak Selalu Berkahak? Ini Punca & Solusi Terbaik Untuk Anda

    Artikel Berkaitan: Manfaat Pengambilan Air Garam: Rahsia Kulit Sihat & Kelancaran Sistem Penghadaman

    Boleh menjejaskan emosi

    Jika masalah ini tidak dikawal dengan baik, ianya bukan sahaja boleh menjejaskan emosi dan fokus, malah akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan fizikal seperti gangguan terhadap tidur, tekanan darah tinggi dan sistem imun badan menjadi lemah.

    Salah satu cara bagi mengatasi stres ialah melalui rangsangan pada telinga, urutan lembut pada telinga merangsang hormon endorfin yang membantu menenangkan emosi dengan cepat.

    Selain itu, bauan epal hijau dan sitrus (oren/lemon) terbukti secara saintifik dapat mengurangkan sakit kepala serta menenangkan sistem saraf.

    Bagi pesakit migrain kronik, pendedahan kepada aroma ini sangat berkesan dalam meredakan tahap kesakitan dan tekanan.

    Pengambilan makanan yang seimbang juga penting dalam mengekalkan kestabilan emosi.

    Contohnya, seperti asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, coklat gelap dan bijirin oat membekalkan tubuh dengan vitamin C, vitamin B2, vitamin E, protein serta omega-3 yang menyokong fungsi sistem saraf.

    Dalam keadaan tertekan, seseorang cenderung bernafas secara pendek, namun aktiviti meniup belon secara perlahan dapat melatih semula corak pernafasan menjadi lebih teratur, sekali gus membantu merehatkan otot dan menurunkan kadar degupan jantung.

    Tenangkan jiwa

    Pendekatan rohani juga menjadi sumber ketenangan yang sangat berkesan. Bagi umat Islam, dengan mengambil wuduk dan menunaikan solat, khususnya solat Tahajud, membantu menenangkan jiwa serta memupuk rasa kebergantungan kepada Allah.

    MENARIK:  Jimat, Mudah & Cepat! Pelan Pascabayar Mudah Alih & Fiber 5G Terbaik dari CelcomDigi, Semuanya Dalam Satu!

    Manakala, untuk penganut agama lain, amalan spiritual mengikut kepercayaan masing-masing turut membantu memberi kekuatan dalaman ketika berdepan dengan tekanan hidup.

    Di samping itu, hubungan emosi bersama insan tersayang juga penting dalam meredakan tekanan.

    Sebuah penyelidikan mendapati bahawa mendengar suara ibu mampu mengurangkan hormon stres dan meningkatkan hormon oksitosin yang memberikan rasa tenang.

    Tekanan yang terpendam boleh dilepaskan melalui ekspresi seni, seperti aktiviti melukis atau mewarna menggunakan jari memberi ruang kepada minda untuk meluahkan perasaan secara bebas.

    Cara ini membantu seseorang memahami dan menenangkan emosi melalui hasil karya yang dihasilkan.

    Dalam keadaan fikiran yang sarat dengan masalah, berehatlah seketika dengan menikmati keindahan alam semula jadi seperti aliran sungai, hujan atau kehijauan hutan selama sekurang-kurangnya 20 minit, ianya membantu memulihkan keseimbangan emosi.

    Kajian saintifik turut membuktikan bahawa tanaman dapat menenangkan minda, memperbaiki kualiti udara dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan harian.

    Memberikan ganjaran kecil kepada diri sendiri, seperti menikmati makanan kegemaran juga merupakan satu bentuk terapi emosi yang berkesan kerana ianya mampu mencetuskan rasa gembira dan mengurangkan beban tekanan yang dihadapi.

    Akhir sekali, lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berjoging atau berlari selama sekurang-kurangnya 30 minit, ianya dapat menghasilkan hormon gembira yang memperbaiki mood, sekali gus menjadikan tubuh dan minda lebih segar.

    Sumber: Maskulin

    The post Rasa Stres? Ini Cara ‘Simple’ Untuk Anda Kembali Tenang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah