27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rasa Berdebar, Teruja & Gementar..Saya Harap Majlis Nanti Berjalan Lancar’ – Eyka Farhana

    Shopee Sale



    Meskipun enggan berkongsi tarikh hari bahagia, namun pelakon Eyka Farhana memaklumkan persiapan majlis tersebut hampir selesai.

    Menunggu hari

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Eyka Farhana ? (@eykafarhana)

    Ketika ditemui , Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi bersyukur segalanya berjalan dengan baik.

    Persiapan Alhamdulillah semuanya okay dan sudah hampir 80 peratus.

    Bukanlah terlalu privasi, saya jemput juga rakan dan keluarga terdekat tapi semuanya terhad.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun tersebut turut berkongsi perasaannya yang sedang menghitung hari menunggu detik bahagia.

    Mestilah berdebar, teruja dan gementar… semua ada. saya harapkan majlis nanti berjalan dengan lancar dan semuanya dipermudah.

    Saya dan Akhyar mengharapkan doa dari peminat sebab nak mulakan kehidupan sebagai suami isteri ini memang banyak kami kena belajar.

    Eyka berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Rizman Ruzaini yang berlangsung di Hotel Shangri-La pada Rabu.

    MENARIK:  Khairul Aming Lebih Tenang Pergi ‘Shopping Mall’ Luar Negara

    Kerjaya seperti biasa

    Sementara itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan tersebut berkata, perkahwinan tidak akan menjejaskan perjalanan kariernya kerana Akhyar sentiasa menyokong kerjayanya sebagai anak seni.

    Selepas berkahwin kerjaya saya masih berjalan dan dia tiada halangan malah dia selalu sokong lakonan saya.

    Kami sudah memahami antara satu sama lain dan masa bercinta pun kami jalani hubungan jarak jauh mungkin selepas kahwin perubahan dari segi masa.

    Mungkin ada masa saya akan fokus kepada dia dan ada masa fokus kepada karier saya.

    Terdahulu, tular berita mengenai tarikh perkahwinan pasangan itu yang didakwa bakal berlangsung pada awal Mei ini.

    Sekadar info, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.

    Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah